suria

“Tak payah semak bawa girlfriend masuk fitting room!” - Staf ‘retail’ tegur sikap pelanggan, luah isi hati sering dipandang hina

Seorang lelaki berkongsi pengalamannya bergelar pekerja retail selama 6 tahun. Gambar hiasan

BAGAIKAN sudah menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita di mana taraf sosial kehidupan seseorang dinilai berdasarkan penampilan luaran mahupun pekerjaan.

Pasti ramai yang pernah mempunyai pengalaman dipandang 'jelik' oleh orang lain hanya kerana berpakaian atau mempunyai pekerjaan yang 'biasa-biasa' saja.

Contohnya ketika memasuki butik pakaian atau kedai berjenama, pekerja atau staf di premis berkenaan akan mula memberikan pandangan yang kurang menyenangkan jika pelanggan tampil selekeh.

Hal yang sama juga berlaku kepada pekerja di premis sedemikian di mana ada pula pelanggan yang memandang rendah kerana menganggap golongan ini hanya pekerja 'biasa-biasa'.

RETAIL 1

Luahan pekerja retail berkenaan mengenai pengalamannya.

Sering kali berdepan dengan situasi serupa, seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika bergelar pekerja di butik pakaian (retail) di sebuah pusat beli-belah.

"Sebagai seorang Melayu yang bekerja di mall selama kira-kira enam tahun. Ayat ni memang biasa kami dengar sebagai retail workers. 'Kerja mall je kot', 'sales assistant je pun', 'ingat orang tak ada duit ke nak usha atas bawah'.

"Boleh tak kami sebagai retail workers nak cakap juga mengapa tak boleh consider kami ini sebagai manusia normal yang ada rumah dan family?

"Kamu nak masuk kedai pukul 9.30 malam waktu closing? (Apabila) kamu duduk office pandai (pula) memekak kalau dapat kerja last minute (kena) balik lambat," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan pelanggan nak beli jam pintar acuh tak acuh, staf dapat ‘balasan’ kena buat kerja lebih... kira selonggok wang kertas RM1

ARTIKEL BERKAITAN: 5 beradik nak beli emas tapi staf layan cincai, perli sebab sangka nak window shopping! Selepas ‘borong’ 3 rantai, terus ‘pangkah’ kedai

Dalam pada itu, individu tersebut turut menyuarakan isu layanan yang kadang kala dibangkitkan oleh segelintir pelanggan.

"Kalau shopping dekat fast fashion store jangan la berharap sangat nak dapat great customer service. Selalunya fast fashion ni komisen kongsi satu store. So kalau spend RM1,000 pun 1.5 peratus komisen dikongsi dengan 20 headcount.

RETAIL 2

Sambungan luahan pekerja berkenaan dalam bebenang di Twitter.

"Retail ni bukanlah pekerjaan untuk semua orang. Lapan hingga 13 jam sehari dengan satu jam break setiap empat hingga lima jam. Tak duduk. Berdiri, bergerak.

"Badan pun sakit. Sesetengah retail stores bagi sehari offday setiap minggu dan setiap minggu cuti hari tak sama. Mental and fizikal confirm hilang selepas tujuh hari kerja berterusan tanpa cuti.

"Sebagai manusia kami pun barai hingga tak ada mood untuk layan semua orang. Hanya mahu habiskan kerja dan balik," luahnya lagi.

Tambahnya, kekurangan pada aspek layanan terhadap pelanggan juga berlaku sekiranya ketika itu kedai tidak mempunyai tenaga kerja yang cukup.

"Tolong bersabar kalau nak staf tu layan kamu. Tak reti sabar, please self service then straight to cashier and go. Kalau nak customer service, datang la time hari biasa apabila kurang sesak. Dapat la A class punya service," katanya.

Itu belum yang nak bayar baling duit, yang datin suruh panggil datin.

NETIZEN

Dalam pada itu, individu tersebut turut menegur sikap segelintir pelanggan kerana tanpa rasa bersalah mengotorkan pakaian yang sudah dicuba.

"Kalau try baju dalam fitting room tolong jangan letak baju dekat lantai. Ada tempat sangkut baju tu please sangkut. Baju tu kamu tak bayar lagi, kalau kotor bukannya nak beli.

"Yang jantan-jantan tak payah nak semak bawa girlfriend atau bini masuk fitting room acah-acah tak tahu sesuai ke tak. Kalau betul-betul nak approval pasangan, sila keluar dari fitting room. Cakap je dekat staf," ujarnya.

Pokok pangkalnya menurut individu berkenaan adalah sikap saling hormat menghormati antara kedua-dua pihak, bukannya merendah-rendahkan seseorang.

"Layan orang lain sebagaimana kita mahu dilayan. Simple. Kamu nak pakai 'bro', kita guna 'bro. Panggil kami 'adik', kami panggil kamu abang dan the list goes on.

"Kalau panggil macam panggil anjing, memang kena treat macam anjing la. Be polite we will be polite," ujarnya lagi.

KOMEN RETAIL

Antara komen netizen terhadap perkongsian lelaki berkenaan.

Perkongsian ciapan tersebut meraih lebih daripada 1,300 ulang kicau, dengan rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan lelaki berkenaan.

"Itu belum lagi anak dia muntah kita sebagai pekerja kena lap, bukan dia nak minta mop tolong lapkan ke apa.

"Puas betul baca satu persatu sebab semua pernah rasa dan alami. Itu belum yang nak bayar baling duit, yang datin suruh panggil datin.

"Juga yang baru sesaat dekat kaunter, memekik ketuk-ketuk kaunter nak bayar. Relax sikit boleh kot?" demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain