suria

[V] Dua beranak ‘naik syeikh’ gelek dangdut! Tapi netizen tegur suruh tukar lampin anak dulu... “Dah full tank tu”

Rakaman video menunjukkan anak beranak ini berhibur di rumah menjadi tular di TikTok.

KELETAH antara seorang bapa dan anaknya ini cukup mencuit hati warga maya.

Rakaman menunjukkan si bapa, Mohd Zainol Ariffin, 26, menyanyikan lagu irama dangdut ditemani si anak kecil yang menari mengikut rentak menjadi tular di media sosial.

Ketika dihubungi mStar, Zainol menceritakan semula kisah di sebalik video yang diambil oleh isterinya ini tanpa pengetahuan si anak, Ziyad Ayden Mohd Zainol yang berusia dua tahun.

"Masa kejadian tu lebih kurang jam pukul 8.30 malam. Masa mula-mula saya karaoke dia tak datang berjoget.

"Saya pun random saja tukar lagu dangdut ikut suggestion di platform YouTube. Dia pun datang dekat saya tapi tak berjoget lagi cuma baru melompat-lompat saja dekat tepi.

"Saya suruh dia berjoget tapi dia buat gaya silang tangan main drum. Apabila sampai bahagian chorus saya toleh belakang tengok dia makin rancak. Saya pun berjogetlah sekali," ujar Zainol.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang dedah bapa selalu ‘ekori’ anak kesayangan! Sanggup jadi guard di sekolah, setiap tempat kerja adik sebab ‘nak dekat’

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa paling gembira anak dapat masuk MRSM siap buat kenduri, akhirnya menangis kecewa tak dapat hantar akibat kemalangan

Menurut Zainol yang menetap di Kajang, Selangor ini, Ayden mula menunjukkan 'bakat' berjoget ini ketika dia sudah pandai berjalan pada usia 10 bulan.

Ujarnya yang merupakan seorang jurugambar, Ayden kerap melakukan aktiviti ini bersamanya jika berkepalangan dan dijadikan rutin di rumah kerana meminati bidang nyanyian.

"Masa berumur 10 bulan dia 'dapat kaki', bermula daripada situlah kami suruh dia berjoget dengan keadaan bahu macam tu. Lepas tu apabila umur dia masuk satu tahun lebih, kami ajar dia bermain ketuk-ketuk drum.

Ayden kini berusia dua tahun.

"Ayden hanya berjoget apabila tengok ada orang lain menari sama. Ada masanya kena suruh juga kalau nak minta dia berjoget.

"Selalu juga dia teman saya karaoke dalam rumah. Dia selalu jadi pemerhati saya apabila tengah karaoke sebab dia takut bunyi kuat ni," katanya lagi.

Bukan hanya mampu menghafal lagu, Ayden yang merupakan putera sulung mereka menjadi penghibur hati ibu dan bapanya di rumah.

Lampin tu bukannya penuh dengan air kencing, tapi kami pakaikan dia diapers bersaiz XL... sebab tu nampak macam berat.

MOHD ZAINOL

Tambah Zainol, walaupun dalam rakaman itu Ayden kelihatan sangat periang tetapi hakikat sebenar anaknya itu adalah seorang yang pemalu jika berhadapan dengan orang tidak dikenali.

"Ayeden memang jenis mudah terhibur sikit apabila dengar muzik. Dia mudah ingat lagu dan boleh miming atau menyanyi sekali jika dah mula hafal.

"Tapi nyanyian dia ikut style baby saja ambil perkataan atau bunyi hujung-hujung macam tu tetapi boleh ikut tempo.

Zainol bersama Ayden dan isteri.

"Kalau depan orang yang tak kenal. Ayden jadi seorang yang pemalu. Suruh bercakap pun susah kalau dengan orang dia tak kenal. Selalu depan kami dan orang-orang dia kenal saja keluar perangai sebenar.

Sehingga kini video dikongsikan di TikTok meraih lebih 617,000 jumlah tontonan.

Rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat si kecil kerana seolah-olah meraikan bapanya yang sedang asyik menyanyikan lagu Yang Sedang-sedang Saja nyanyian asal Iwan.

Antara hasil gambar diambil Zainol sebagai jurufoto. Foto: @lensakuphotography.kl

Dalam pada itu, keadaan lampin dipakai Ayden kelihatan sarat dan penuh turut menjadi perhatian netizen.

"Dah full tank tu dik.

"Abang tukar lampin anak dulu sebelum karaoke, baru makin rancak.

"Lampin dia tu memang tak boleh bawa bincang," demikian komen netizen.

Bagaimanapun Zainol berkata sebenarnya lampin yang dipakai anaknya tidak sarat dengan air kencing seperti yang disangka netizen.

"Dalam video tu mummy (ibu Ayden) yang rakam. Tengah baring-baring atas tilam nampak dia tengah rancak berjoget, saya suruh wife rakam buat kenangan. Tak sangka pula boleh jadi viral.

"Lampin tu bukannya penuh dengan air kencing, tapi kami pakaikan dia diapers yang bersaiz besar XL. Sebab tu nampak macam berat. Tambahan pula dia baru lepas mandi dan tak sempat pakai seluar dan baju.

"Sebenarnya dia pakai diapers size L, tapi sebab tersalah beli kami pakaikan juga walaupun lebih besar," terang Zainol.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain