suria

[V] Hati bapa tak tenteram lepas pukul anak angkat, ‘stop’ tepi jalan menangis dalam helmet... “Teringat pula amanah mak dia”

Seorang bapa meluahkan rasa sedih setelah memberi hukuman terhadap anak angkatnya.

MENGAJAR dan mendidik anak bukanlah satu tugasan mudah.

Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam memberi didikan terhadap mereka.

Namun adakalanya golongan penjaga ini gagal untuk mengawal emosi mereka hingga memarahi, menghukum atau memukul anak yang melakukan kesalahan secara keterlaluan.

Bagaimanapun, kekesalan akan mula dirasai selepas sesuatu hukuman diambil.

Sebagaimana dikongsikan seorang lelaki di TikTok, dia memuat naik video sedang menangis di atas motor di tepi jalan.

Tangisan dengan linangan air mata itu dipercayai sebagai sesalan kerana perbuatannya menghukum anak.

Lebih menambah rasa 'bersalah' apabila dia memaklumkan si kecil yang dipanggil Bella merupakan anak angkatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu agresif pukul anak dalam bas ekspres rupanya tertekan, mentua halau rumah... Mengaku lama tak solat punca masalah

ARTIKEL BERKAITAN: “Penting ke kau nak pukul muka anak aku?” - Ibu tengking guru di sekolah, berang hukum murid cara kasar dengan buku

"Sepanjang tiga tahun jaga Bella sejak baby sebagai anak angkat, baru harini tercepuk sebab nakal," tulisnya pada video tersebut.

Bagaimanapun lelaki berkenaan tidak menjelaskan lanjut tentang bentuk tindakan yang diambil terhadap anaknya itu.

Ujar lelaki itu lagi, rasa terkilan dengan perbuatannya itu makin dirasai tatkala terkenang pesanan ibu kandung kanak-kanak berkenaan.

Kadang sampai rotan kaki dengan hanger... waktu bawa motor pergi kerja menangis dalam helmet.

NETIZEN

"Teringat pula amanah mak dia supaya jangan sesekali pukul Bella.

"Maafkan baba (panggilan si bapa) Bella. Rasa lembik lutut nak pergi kerja," ujarnya lagi.

Hingga kini video tersebut meraih lebih 734,000 jumlah tontonan setelah disiarkan di TikTok.

Rata-rata warganet turut berkongsi kisah mereka berdepan dilema sama apabila memukul anak atas sebab memberi pengajaran.

"Aku pu rasa macam tu selepas hantar anak pergi sekolah. Tiba-tiba teringat.

Komen netizen pada video yang tular.

"Kita semua (yang bergelar) ayah memang ada perasaan macam tu bang.

"Apabila ada rasa menyesal tu bererti abang (merupakan) ayah dan suami yang terbaik.

"Anak selalu meragam tak nak siap pergi tadika pagi-pagi. Kadang sampai rotan kaki dengan hanger. Waktu bawa motor pergi kerja menangis dalam helmet," komen beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain