suria

[V] Tak hormat rumah Allah! Aksi 2 lelaki ‘sangap’ dirakam CCTV surau, siap buka zip nak keluarkan anu

Tangkap layar daripada rakaman CCTV surau memperlihatkan aksi tidak senonoh dua pemuda.

TANPA segan silu, dua pemuda selamba melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah surau, dipercayai di pekan Banting, Selangor.

Kelakuan mereka berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam surau berkenaan.

Menerusi rakaman berdurasi sekitar 1.40 minit yang dimuat naik di laman Twitter Info Kuala Langat, kelihatan dua pemuda berkenaan duduk di bahagian belakang surau dan seperti baru selesai mengerjakan solat.

Salah seorang daripada mereka kemudian mula melakukan perbuatan tidak senonoh dengan cuba mencium dan meraba kemaluan rakan yang duduk bersebelahan.

Pemuda yang sama juga bertindak keterlaluan apabila dilihat membuka zip seluar untuk mengeluarkan kemaluannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dara tak terusik, isteri hilang arah dapat tahu suami main cinta dengan lelaki... Kalau gay kenapa kahwin?

ARTIKEL BERKAITAN: OMG! Sedang asyik mandi tiba-tiba sedar ada lubang tepi dinding tandas awam lelaki Pantai Morib... “Bayar RM1 jadi tontonan gay boy!”

Lebih menimbulkan kemarahan netizen, kedua-dua pemuda tersebut bukan sahaja tidak menghormati lokasi tempat beribadah, malah berani melakukan perbuatan jijik itu meskipun terdapat jemaah lain di dalam surau.

Pada akhir rakaman, kedua-dua pemuda berkenaan bangun dan sempat bersalaman dengan seorang jemaah di hadapan mereka, sebelum keluar meninggalkan surau.

surau 2

Rakaman video dikongsikan di laman Twitter Info Kuala Langat.

Difahamkan, kejadian ini berlaku pada 25 Oktober lalu.

Sehingga kini perkongsian di laman Twitter tersebut meraih lebih 122,000 jumlah tontonan dan lebih 1,500 ulang kicau.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk keras perbuatan dua pemuda berkenaan dan menyuarakan kebimbangan ekoran tindakan golongan LGBT yang semakin berani.

komen surau

Sebahagian komen netizen yang mengecam perbuatan dua pemuda berkenaan.

"Allahu... tak hormat rumah Allah.

"Jijik dengan golongan ini. Semoga kaum kerabat dijauhi daripada golongan ini. LGBT kaum yang dilaknat.

"Nasib tak kena panah petir, menyangap sangat.

"Semoga diberi hidayah," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain