suria

[V] Siswa alami depresi nekad berhenti belajar! Pensyarah tak biar, siap ‘offer’ peluang kedua... “Lecturer yang baik memang rare bro”

Seorang pelajar terpaksa menarik diri daripada IPT kerana masalah depresi.

GURU yang sejati sedaya upaya akan membantu anak didiknya untuk berjaya walaupun ada kalanya terpaksa meletakkan lebih usaha daripada biasa.

Bagi pelajar pula, mereka cukup bertuah andai diberikan rezeki dididik oleh guru prihatin.

Situasi sama berlaku kepada pelajar sebuah institut pendidikan tinggi (IPT) ini apabila pensyarahnya bertungkus-lumus meyakinkan dia tidak berputus asa di tengah jalan.

Melalui video pendek yang dikongsikan di TikTok, dapat dilihat perbualan di WhatsApp di antara pelajar tersebut dan pensyarahnya.

Segalanya bermula apabila pensyarah berkenaan menghubungi pelajar bernama Hafiz untuk memberitahu tentang markah tugasannya.

Hafiz memperoleh markah kosong kerana dia tidak menghantar tugasan akhir dan dia berkemungkinan gagal dalam kursus yang diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah pemurah buat ‘give away’ kucing BSH! 5 sahabat dapat si bulus percuma... Ramai cemburu siap sanggup jadi pelajar

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Pensyarah buat ramai terpana di hari terakhir berkhidmat, anggun gayakan baju istimewa hadiah persaraan

"Markah Hafiz '0' untuk tugasan final. Ikut rekod saya, Hafiz tak submit tugasan final. Betul kan?

"Kalau ikut total marks memang Hafiz fail kursus ni," katanya penuh risau.

Hafiz kemudian menjawab bahawa dia mempunyai masalah kesihatan sehingga tidak dapat menyebabkan dia tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan.

Dia bagaimanapun berterima kasih kepada pensyarahnya yang juga memegang gelaran doktor kerana memaklumkan tentang perkara itu.

pusat

Pusat pengajian adalah tempat untuk kita mengenal apa itu erti kehidupan. Gambar hiasan

"Betul Dr, saya ada masalah kesihatan masa itu sebab itu saya tak jawab exam. Terima kasih inform saya," balasnya.

Namun atas dasar prihatin dan bertimbang rasa dengan masalah Hafiz, pensyarah tersebut berlembut hati untuk memberikan Hafiz peluang kedua bagi menghantar tugasannya.

"Saya bagi awak peluang untuk submit sehingga esok, Sabtu, 6 Februari sebelum pukul 11:59 malam. Thank you," tegasnya.

Kalau kita buat keputusan dalam keadaan stres, mungkin itu bukan keputusan yang terbaik.

PENSYARAH

Bagaimanapun Hafiz menolak peluang kedua itu.

"Tak apa la. Saya tak plan untuk sambung belajar lagi dah, terima kasih atas peluang diberi," jawabnya.

Babak yang menyusul jelas membuktikan keprihatinan tidak terhingga pensyarah ini terhadap pelajarnya.

Pensyarah itu menghantar mesej panjang lebar demi meyakinkan Hafiz untuk menukar fikiran dan meneruskan pengajian.

Pensyarah pasti akan memberikan segalanya untuk melihat pelajarnya berjaya. Gambar hiasan.

"Hafiz rehat dulu take your time. Fikir dalam keadaan tenang, kalau kita buat keputusan dalam keadaan stres, mungkin itu bukan keputusan yang terbaik.

"Setiap masalah ada penyelesaian dan setiap ujian yang Allah berikan kepada makhluknya adalah mengikut kemampuan.

"Kalau Hafiz perlukan apa-apa bantuan daripada saya, just let me know, InsyaAllah saya cuba bantu Hafiz," pujuk pensyarah itu.

Antara komen netizen yang memuji kesungguhan pensyarah dalam membantu pelajar.

Namun begitu, melalui maklum balas Hafiz di ruangan komen, dia memberitahu dia sudah menarik diri daripada pengajiannya atas faktor kesihatan.

"Itu chat tahun lepas. Saya dah tarik diri daripada universiti sebab depressed dan sedang berusaha baiki hidup," tulisnya.

Perbualan itu mengundang simpati netizen dan ramai yang menyanjung keikhlasan pensyarah itu untuk membantu pelajarnya.

"This kind of lecturer yang perlu banyak ada dekat IPT. Lecturer yang baik memang rare bro.

"Ayat lecturer itu buat saya nangis la rasa terpujuk betul hati ini.

"Beruntung dan bersyukur la dapat lecturer macam ini," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain