suria

Berhijab tapi mencarut! Reaksi wanita ketika naik flying fox undang kecaman, ada yang kata macam ‘takut dibuat-buat’

Farah tidak berniat untuk mencarut ketika bermain flying fox.

MENJADI kebiasaan untuk seseorang itu mengomel ketika keadaan tegang atau tidak puas hati dalam sesuatu perkara.

Namun begitu, ada sesetengah individu yang reaksinya seperti lebih kuah dari sudu.

Begitulah apa yang dapat dilihat melalui sebuah video yang tular di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL memaparkan seorang wanita mengeluarkan kata kesat ketika ketakutan.

Tangkap layar ciapan di Twitter.

Dalam video tersebut, wanita itu menyebut beberapa perkataan yang kurang enak didengar berulang kali ketika hendak 'berlepas' dalam permainan luncur keluang (flying fox).

Bagaimanapun, Farah, 27, atau lebih mesra disapa sebagai Ratu Farah Diva di media sosial berkata dia tidak berniat untuk memberikan reaksi melampau sebegitu.

“Waktu saya nak naik flying fox tu, bila saya dah sampai dekat atas menara, dah pakai alat keselamatan semua, saya jadi gayat.

“Dan kata-kata itu semua keluar secara spontan. Saya tak sengaja pun sebut semua benda itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penumpang tak tenang, sebak dengar ibu mencarut, maki anak hampir 8 jam dalam bas ekspres! Gadis terpaksa minta polis tegur

ARTIKEL BERKAITAN: Hon sebab pandu perlahan sambil guna telefon, pakcik berkopiah bengang mencarut siap tunjuk isyarat lucah... anak pun pelik ‘kenapa atok tu’!

“Dia macam bila kita melatah, automatik terkeluar kata-kata macam itu,” terangnya ketika dihubungi mStar.

Farah menegaskan apa yang dilihat dalam rakaman itu adalah reaksi semula jadi, susulan komen warga maya yang mendakwa dia mencarut dengan sengaja.

“Biasalah kalau time kita takut, mesti akan menjerit apa semua. Saya pun tak mahu nak keluarkan kata-kata tu semua.

“Tapi dia spontan, tersebut dan terkeluar,” katanya

Kalau orang lain mencarut, tak ada mereka (netizen) nak marah pula.

Farah

Mengulas komen netizen yang mencadangkan agar Farah menyebut ungkapan baik dan suci seperti beristighfar ketika ketakutan, dia berkata perkara itu bukan mudah untuk dikawal.

“Cuba mereka tukar tempat dengan saya dan naik benda ini (flying fox), entah-entah mereka pun tetiba tersebut juga. Kita tak akan pernah tahu,” soalnya.

Dalam masa sama, Farah mengakui dia agak terkilan kerana statusnya sebagai seorang pencipta kandungan di TikTok telah menyebabkan dia kerap dihakimi oleh warga maya.

“Saya pelik, saya tak sengaja termaki tetapi semua nak marah saya. Kalau orang lain mencarut, tak ada mereka (netizen) nak marah pula,” luahnya kecewa.

Farah berjanji dia akan berwaspada selepas ini dalam berkata-kata.

Farah berkata dia sentiasa mencuba untuk membaiki diri dan berharap orang ramai akan menyokongnya.

“Saya minta maaf sebab terkeluar kata-kata kesat itu. Mungkin semua marah sebab saya pakai tudung. Lepas ini kalau saya naik benda gayat, saya akan cuba kawal mulut.

“Saya harap orang ramai akan bantu untuk support saya,” katanya.

Antara komen netizen di laman Twitter.

Selain itu, netizen di media sosial juga tanpa belas kasihan membidas pertuturan Farah kerana bagi mereka ia seperti dibuat-dbuat dan hendak mengejar populariti.

"Benda la dia ni, boring do dia ni. Try hard gila rasa diri dia lawak. Elok-elok sikitlah. Istighfar la dik oii bukan mencarut

"Macam fake je reaction takut dia tu. Macam ter-overreacting.

"Aku tak rasa dia ni kelakar pun tapi ada juga yang support," antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain