BUAT baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang yang membuat kebaikan yang tidak kena pada tempatnya hanya akan menjadi sasaran dan mangsa oleh mereka yang suka mengambil kesempatan. Itulah pengalaman hidup yang dikongsikan Hazeman Huzir, seorang pencipta kandungan dan pengacara televisyen mengenai kehidupan dunia yang adakalanya tidak adil. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu video di laman TikTok miliknya, Hazeman meluahkan dia adalah seorang ‘people pleaser’ iaitu mereka yang sering meletakkan kepentingan orang lain dahulu berbanding dirinya sendiri. Walaupun sifat itu adalah satu perkara yang murni pada dasarnya tetapi kelak ia hanya akan kembali 'makan diri'. “Aku ikut apa kehendak apa orang lain. Dia tak boleh buat tak apa, aku boleh buatkan. Kau hutang dengan aku tak apa, kau bayar bila ada duit nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu suka belanja 2 sahabat ketika hayatnya, anak menangis terima ‘balasan’ kebaikan arwah tak disangka-sangka ketika konvo ARTIKEL BERKAITAN: CCTV rakam kebaikan! Tersentuh hati tengok ‘pak guard penyayang’ bawa anak ke tempat kerja, ves dijadikan alas dan selimut “Aku yakin ramai dekat luar sana yang sama macam aku iaitu people pleaser. Benda itu sebenarnya akan jadi toksik pada diri sendiri. “Aku kerap ditanyakan soalan tentang macam mana nak deal with toxic people tetapi kadang kita tak sedar yang kita toksik pada diri sendiri,” ceritanya. Menurutnya lagi tabiat itu akan hanya akan menjadi sebab kepada orang lain untuk mengeksploitasi diri seseorang yang sentiasa terbuka untuk membantu. “Kita ini memang nak permudahkan urusan orang lain tetapi bila orang tahu kita ini sangat suka membantu, nak permudahkan kerja dia sebagainya, mereka akan naik lemak. Kita akan rasa tak boleh trust lagi human beings. Hazeman Huzir “Mereka akan ambil kesempatan. Orang macam saya yang people pleaser ni tak akan sedar yang kita sedang diambil kesempatan. “Biasanya kawan-kawan rapat yang akan beritahu dan baru kita sedar,” terangnya. Tatkala kejutan realiti mula meresapi ke dalam diri, sudah semestinya seseorang itu akan rasa dikhianati dan sukar hendak memberikan kepercayaan semula. “Kemudian kita rasa nak merentan dan meroyan, kita akan rasa tak boleh trust lagi human beings. Orang pertama yang harus dibantu adalah diri kita sendiri. -Gambar hiasan. “Asalkan nama kau manusia aku memang tak boleh percaya kau lagi,” katanya beremosi. Hazeman menekankan kepentingan untuk bersederhana dalam berbuat baik dan meletakkan diri sendiri di hadapan sebelum yang lain. “Memang pada mata orang jadi people pleaser itu baik. Permudahkan kerja orang lain itu baik. “Tetapi sebenarnya benda itu tidak baik pada diri sendiri bila ia terlalu ekstrem. “Dalam Islam pun ada konsep wasatiyah iaitu tidak terlampau banyak dan tidak juga terlampau sikit, sedang-sedang. Jangan jadi people pleaser yang ekstrem,” nasihatnya. Antara komen netizen yang memahami apa yang dirasai Hazeman. Ruangan komen Hazeman dibanjiri perkongsian netizen yang rata-rata bersetuju dengan apa yang dihujahkan. “Saya memang people pleaser dulu tapi jadi toksik dalam diri sampai aku sendiri penat. Aku decide untuk jauhkan diri dan kurangkan bercakap dengan orang. “Penat dah nak tolong orang ni kalau hujung sendiri tak tenang. Baik tolong diri sendiri dulu. Kita susah belum tentu orang tolong. “Kadang kita terpaksa jadi jahat supaya kita tidak menyakitkan diri kita. Put yourself first,” tulis warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI