SETIAP pekerjaan ada cabarannya yang tersendiri. Tidak terkecuali tentunya pemandu e-hailing yang terpaksa berdepan dengan pelbagai kerenah dan ragam manusia setiap hari. Kali ini, seorang pemandu berkongsi kisah mengenai keretanya yang berbau busuk selepas dia menghantar seorang penumpang wanita. Ramai netizen mempertahankan penumpang itu kerana kebocoran darah haid merupakan perkara yang tidak dijangka. (Gambar Hiasan: Christin Klose/dpa) "Kerana job bernilai RM4 habis satu kereta aku bau hanyir. Cerita dia macam ni, lepas drop off passenger ni ada bau masam dan hanyir dalam kereta. "Kuat gila bau. Aku pun berhenti tepi and check kat seat belakang. Nampak kesan tu aku pun dengan yakin pegang guna tangan nak cium bau dia. "Alangkah terkejutnya aku bau dia buat tekak aku rasa nak muntah. Tak puas hati, aku ambil kain dan try lap. Nampak kesan warna merah," dakwa lelaki itu. Masalah sekarang sampai sekarang aku tak selera nak makan ni, alahai bala betul. PEMANDU E-HAILING Menurut pemandu itu lagi, dia turut membuat carian di Google untuk mengetahui bau sebenar darah haid sebelum menghubungi pihak e-hailing untuk mengadu hal berkenaan. "Nak pastikan aku pun Google la bau darah haid tu macam mana. Pergh memang sama bau dia dengan apa yang Google cakap. "Call Grab centre dia suruh pergi basuh dan nanti hantar resit. Nasiblah boleh claim. ARTIKEL BERKAITAN: Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu ARTIKEL BERKAITAN: Bermacam cara, perangai... pemandu Grab dedah banyak kali kena game dengan pelajar - “100 jobs seterusnya kena dapat rating 5 bintang” "Masalah sekarang sampai sekarang aku tak selera nak makan ni, alahai bala betul," ujarnya lagi. Dalam posting itu, dia turut berkongsi foto tempat duduk belakang keretanya yang kelihatan basah. Dia turut memuat naik tangkap layar, memaparkan peta perjalanan ketika dia membawa penumpang wanita itu dari satu lokasi ke sebuah pusat beli-belah di Putrajaya. Di ruangan komen, netizen turut memberikan pelbagai pandangan berhubung kejadian berkenaan. Pemandu e-hailing berdepan pelbagai cabaran setiap hari. (Gambar Hiasan) "Entahlah, tak boleh nak kata lebih-lebih sangat bab ni sebab bukan boleh jangka sangat kalau time dia nak datang bocor tu. Kesian juga nak marah dia, maybe dia malu nak mengaku sebab tu benda yang aib bagi orang perempuan. Kesian juga dekat owner kereta sebab tu benda kotor. Tapi dah boleh claim tu okay la kan. Relax je la. So next time bolehlah letak kanvas atau plastic cover untuk prevent benda macam ni berlaku lagi. "Perempuan kalau time period paling risau time heavy flow sebab takut bocor. Kalau bocor mesti tak senang duduk. Maybe dia pun tak perasan. Dah boleh claim kat Grab kan, jadi apa motif up kat media sosial? Nak ajak orang mengutuk ke macam mana? "Alah, aku dulu bawa Grab. Bukan setakat darah haid, muntah pun dah banyak. Nak kisah apa, boleh pergi car wash, lepas tu claim la. Yang tu pun nak jadi isu," tulis beberapa pelayar Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI