TUGAS sebagai pengawas koperasi di sekolah sememangnya antara 'jawatan' yang menyeronokkan bagi pelajar, lebih-lebih lagi jika diberi peranan untuk menjadi juruwang. Selain menanam minat bergelar seorang usahawan dan sikap amanah dalam diri pelajar, jawatan tersebut juga melatih mereka menajamkan skil komunikasi kerana perlu berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan. Begitu juga dengan seorang pelajar perempuan ini yang dilatih dan diberi kepercayaan oleh guru untuk menggalas peranan sebagai pengawas koperasi di sekolahnya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun video yang dirakam oleh gurunya ketika dia sedang menjalankan tugas baru-baru ini, membuatkan rata-rata netizen terhibur. Mana tidaknya, gadis tersebut yang dikenali dengan nama Aina menangis gara-gara dipanggil 'makcik' oleh pelajar lain yang mengunjungi koperasi untuk membeli ais krim. Guru berkenaan, Atiqah Liyana Salleh berkata, dia sendiri tidak menyedari tentang perkara itu sehinggalah diberitahu oleh rakan-rakan sekelas Aina. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Ibu muda’ ambil kad laporan rupanya kakak murid, siap dipanggil ‘puan’! Sendirian sara adik selepas jadi yatim piatu ARTIKEL BERKAITAN: [V] Simpan misai, kerja di kantin... pemuda usia 20 tahun sabar je dipanggil pakcik demi kumpul duit sambung degree "Sebelum itu saya selaku guru koperasi ada bersama Aina dalam koperasi. Kemudian saya minta diri kerana nak buat persiapan untuk masuk ke kelas dan mengajar. "Kebetulan selepas itu memang jadual mengajar saya adalah kelas Aina. Tiba-tiba murid-murid lain beritahu Aina menangis. Saya hairan juga sebab sebelum tu dia okay je masa dalam koperasi. Atiqah Liyana merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka. "Saya tanya kenapa menangis... rupa-rupanya sebab ada student panggil dia makcik. Tiga kali pula tu. Kata Aina, yang panggil dia makcik tu pelajar sebaya iaitu tingkatan tiga. "Masa tu tengah santai-santai jadi saya sempat rakam sekejap sebab ia momen lucu. Saya pun pujuk Aina, minta dia kuat semangat. Saya sendiri dah biasa kena panggil kakaklah, makciklah. Atiqah Liyana sememangnya gemar melakukan aktiviti bersama para pelajar. "Tapi Aina ni hati lembut... yang panggil dia tu pula rakan sebaya sebab tu dia teremosi. Tapi selepas pujuk dia dah okay, siap gelak dan akui dia pun nak tergelak bila ingat semula," ujar guru berusia 31 tahun ini. Tambah guru subjek Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Melaka, ini, dia turut meminta kebenaran daripada ibu bapa Aina terlebih dahulu sebelum memuat naik rakaman itu di media sosial. Aina ni hati lembut... yang panggil dia tu pula rakan sebaya sebab tu dia teremosi. Tapi selepas pujuk dia dah okay, siap gelak. ATIQAH LIYANA SALLEH GURU "Ibu bapanya okay saja malah mereka pun terasa lucu dengan gelagat Aina. Kata ibunya, Aina dekat rumah seorang kakak yang garang dan tegas, tak sangka rupa-rupanya sensitif juga," katanya yang sudah berkhidmat lebih enam tahun di sekolah berkenaan. Ujar guru ini lagi, dia sekadar mahu berkongsi momen lucu ragam pelajarnya di media sosial dan sama sekali tidak menyangka ia turut mencuit hati ramai. Malah ada juga segelintir netizen yang memuji 'bonding' yang terjalin antara dirinya dengan pelajar yang kelihatan cukup santai dan mesra. Atiqah Liyana pernah mendapat gelaran 'Guru Paling Sporting' pada tahun lalu. "Reaksi Aina selepas tahu dirinya viral, dia gelak saja. Katanya, pelajar yang panggil dia makcik tu pun dah minta maaf. "Saya memang suka bergurau... saya rasa guru dan pelajar perlu ada hubungan yang mesra agar mewujudkan komunikasi yang selesa, asalkan tak melebihi batasnya. "Mungkin disebabkan itu, pelajar-pelajar memilih saya untuk rangkul anugerah guru paling sporting tahun lepas," ujarnya berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI