suria

[V] Nenek masuk ‘perangkap’ komplot anak dan cucu nak buat kejutan, akhirnya bertambah koleksi barang kemas!

Seorang nenek menerima sebentuk cincin sebagai hadiah daripada cucunya.

SETIAP orang semestinya ada cara tersendiri untuk membalas jasa individu yang banyak berkorban dalam hidup kita.

Selain berbakti semula kepada mereka, pemberian hadiah juga mampu mengukir senyuman di wajah insan tersayang.

Begitulah yang dilakukan Siti A’thiyatullah, 23, apabila menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada neneknya, Che Anas, 78, yang dipanggil 'mek' pada 27 Oktober lalu.

Bercerita kepada mStar, gadis yang senang disapa Tia ini berkata dia terhutang budi dengan nenek yang membesarkannya sejak berusia dua tahun.

“Sudah lama saya pasang niat nak hadiahkan nenek emas. Selalunya saya bagi duit tapi kali ini berbeza sebab saya ada rezeki lebih sikit.

“Sebenarnya saya dengan nenek sangat rapat selepas umi (ibu) tinggalkan saya dekat mek ketika berusia dua tahun. Umi buat macam tu sebab dia tengah sambung pengajian di Mesir.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja dihadiahkan cincin emas, wanita belanja lelaki kenal di Omi check-in hotel! Bangun pagi duit, handphone lesap... kini hamil 3 bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu hanya mampu belanja ibu kuih 3 seringgit, kini dapat hadiahkan gelang emas... dua beranak sebak di pagi raya

"Jadi neneklah yang jaga dari kecil sampailah ibu bapa saya tamat pengajian dan bekerja.

“Disebabkan nenek yang membesarkan saya, jadi saya pun bercadang nak hadiahkan cincin dekat dia. Tapi saya nak berikan hadiah tu dalam bentuk kejutan jadi saya dan umi berpakat,” ujar Tia.

Bercerita lanjut mengenai kejutan yang dibuat, cincin tersebut diberikan ketika nenek berkunjung ke rumah mereka.

Tia dijaga oleh neneknya sejak berusia dua tahun.

Jelas Tia yang menetap di Pasir Mas, Kelantan, pada mulanya ibunya berpura-pura mahu meminta cincin lama kepunyaan nenek untuk dikilatkan di kedai emas.

“Rumah nenek dengan saya bersebelahan saja. Nenek selalu datang rumah kami. Jadi pagi tu dia saja datang berjalan. Umi saja bergurau cakap dekat mek batu permata cincin lama tercabut jadi nak minta kedai cucikan atau beli yang baharu. Nenek hanya tersenyum saja.

“Umi ambil cincin tu sebab alang-alang nak keluar ke bandar pagi tu. Nenek tak tahu lagi fasal tujuan kami minta ‘pinjam’ cincin tu. Kami pun belikan cincin baharu dengan ukur saiz mengikut ukuran cincin lama mek.

Apa yang saya kecapi hari ini pun berkat doa daripada mek juga.

SITI A'THIYATULLAH

“Waktu tengah hari tu nenek datang lagi sekali dekat rumah sebab nak ambil cincin lama dia. Waktu itulah kami berikan dia cincin baharu. Masa berikan hadiah itulah saya rakam reaksi nenek,” ujarnya.

Menerusi video yang tular di TikTok, jelas kelihatan wajah neneknya terkedu dan terharu menerima hadiah diberikan cucunya itu.

Enggan berkongsi nilai cincin berkenaan, Tia bersyukur kerana mampu memberikan hadiah tersebut setelah berjaya mengusahakan perniagaan sendiri.

Tia mempunyai hubungan yang rapat dengan nenek.

“Mek nampak terkejut masa buka box cincin baharu tu. Boleh nampak dia sebak dan terharu lepas tengok cincin saya berikan tu. Nenek nampak macam nak menangis masa dapat tahu saya yang berikan.

“Mungkin sebab dia fikir cucu yang jaga dari kecil sudah besar sekarang lepas tu boleh bagi benda-benda macam tu. Apa yang saya kecapi hari ini pun berkat doa daripada mek juga.

“Bagi saya, duit boleh dicari. Momen macam ni tak boleh dibeli. Tia buat bisnes online ni untuk bahagiakan orang sekeliling dulu termasuklah parents dan mek,” ujar Tia lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain