suria

[V] Beraninya! Bayi sendiri belum lahir, wanita bersila macam ‘mak-mak’ bagi lotong makan... lepas bersalin mahu anak kenal haiwan jinak ini

Adila begitu mesra dengan sekumpulan lotong.

SEKALI pandang nampak seperti monyet yang digeruni ramai, rupa-rupanya ia adalah sekumpulan lotong.

Apa yang pasti, bersama beberapa ekor lotong itu terdapat wanita yang begitu mesra melayan haiwan itu tak ubah seperti seorang ibu dengan anak-anaknya.

Tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, wanita itu dilihat selesa duduk bersila sambil memberi makanan kepada sekumpulan lotong.

"Beraninya awak, kalau saya memang lari tak cukup tanah.

"Beraninya kau dik. Akak dulu, dia tengok akak, akak tengok dia. Last akak yang menjerit dulu," demikian antara komen netizen.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Siti Nur Adilah Ab Wahab berkata, video yang dikongsinya di laman sosial minggu ini sebenarnya dirakamkan pada Oktober tahun lalu.

Lebih mesra disapa Adila, katanya, ketika itu dia bersama rakan-rakannya menghabiskan masa bersama di Bukit Melawati di Kuala Selangor, Selangor.

"Saya memang penduduk Kuala Selangor dan sering datang ke situ dan bermain dengan lotong sejak sekolah rendah.

"Pada mulanya memang takut juga nak dekat, tapi lama-kelamaan saya tengok lotong ni jinak. Sekarang ni saya berani bagi makanan, bahkan ia pernah duduk di bahu saya sambil diberikan makan," katanya ketika dihubungi mStar.

lotong macam anak 3

Adila memberi makanan kepada lotong di Bukit Melawati.

Wanita berusia 27 tahun itu berkata, dianggarkan lebih 100 ekor lotong menjadikan kawasan tersebut sebagai habitatnya selain menjadi tumpuan orang ramai yang datang untuk memberikan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Manjanya, anak kecil pun kalah... Rela cuti hujung minggu 'jejak kasih' dengan monyet, ada sebab Sleppy peluk si pemuda sampai tak nak lepas!

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa macam buang anak, pemuda nekad hantar monyet kesayangan ke Perhilitan... manja tapi masih ada liarnya

"Di situ ada pakcik-pakcik Melayu dan India yang menjual makanan untuk lotong ni, antaranya kacang panjang, pisang dan ubi.

"Tapi ketika itu saya beri lotong makan roti. Jarang jumpa lotong di tepi jalan, berbeza dengan monyet-monyet liar," ujarnya yang berasal dari Sawah Sempadan, Tanjong Karang.

lotong macam anak 2

Adila menyifatkan lotong sebagai haiwan yang jinak.

Menepis tanggapan ramai bahawa lotong boleh menyerang atau bertindak agresif, Adila yang menetap di Kajang menjelaskan bahawa ia berbeza dengan monyet kerana karakternya yang lebih jinak.

"Saya boleh usap-usap kepala mereka lagi. Jadi, saya rasa orang ramai boleh cuba sendiri jumpa dan cipta pengalaman bersama lotong kerana haiwan ni sangat jinak dan baik.

Orang ramai boleh cuba sendiri jumpa dan cipta pengalaman bersama lotong kerana haiwan ni sangat jinak.

ADILA

"Walau bagaimanapun, kita tetap kena hormat lotong sebagai haiwan. Sebelum ini ada juga kes anak muda berani sangat pergi ambil anak lotong sehingga dikejar ibu haiwan itu," katanya yang menghabiskan masa kira-kira sejam dan 30 minit bersama sekumpulan lotong.

Kini hamil anak sulung, Adila mengimbas kembali momen lucu apabila dia dan rakan-rakan didekati sekumpulan monyet gara-gara membawa makanan di Bukit Melawati.

lotong macam anak 4

Adila berswafoto bersama seekor lotong.

"Monyet ni garang, masa bagi makanan pada lotong, ada seekor monyet besar tiba-tiba datang nak rampas makanan. Kami lari dari monyet kerana mungkin akan digigit.

"Apa pun, memang tenang dan seronok dapat beri makanan pada binatang, terutama pencinta haiwan. Pada masa sama, boleh mencipta kenangan bersama haiwan yang sangat jinak.

"Saya tak pasti bila lagi saya akan ke situ, mungkin selepas bersalin. Masa tu nanti, saya akan memperkenalkan lotong ni pada anak," ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain