suria

Sakit bersalin belum hilang, suami ‘makan luar’ dengan ex-GF... isteri terduduk tahu ‘penyondol’ sedang hamil

Pedih hati wanita ini mendapat tahu kecurangan suaminya ketika masih berpantang. Gambr hiasan

TIDAK ada perkataan yang boleh menggambarkan betapa hancurnya hati seorang wanita apabila mengetahui pasangannya bermain kayu tiga.

Lebih pedih, berita kecurangan itu diketahui saat kesakitan bertarung nyawa melahirkan zuriat belum hilang.

Begitulah kisah yang dilalui oleh seorang wanita, di mana dia dicurangi suami saat sedang berpantang.

Menerusi luahannya yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding, wanita itu berkata suaminya kembali menjalin hubungan cinta dengan seorang wanita yang merupakan bekas kekasihnya sebelum ini.

curang 1

Luahan wanita berkenaan yang dikongsikan di Twitter.

"Suami saya get back balik dengan ex dia masa saya dalam pantang. Saya pernah text ex dia tapi ex dia kata, dia tak mahu get back balik dengan suami saya sebab dah ada teman lelaki.

"Rupanya dia putus dengan teman lelakinya dan get back dengan suami saya. Saya tak peduli dah memandangkan saya dah berusaha pertahankan sampai tiada rasa apa," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diceraikan ketika hamil 2 bulan, suami kantoi curang borak loghat Sabah dalam telefon... Paling geram tak mengaku anak!

ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia nekad untuk berpisah namun lelaki tersebut enggan 'melepaskannya' atas alasan masih sayang.

"Hati saya dah tiada rasa dan saya cuma go on sebab anak. Saya dah tak kisah dan ambil peduli walau satu dunia restui mereka berdua.

"Saya nak minta pandangan, salahkah kalau saya tak maafkan mereka berdua? Saya pernah maafkan dan ikhlaskan tapi makin lama makin melampau pula dan saya decide tak nak maafkan mereka.

Kalau ada bukti, boleh je saman pihak ketiga. Jantan dan betina tu sama-sama patut kena lepuk.

NETIZEN

"Perempuan itu tengah mengandung. Jatuh terduduk saya bila tahu. Mungkin saya diperbodohkan... dimadukan dalam diam atau anak itu anak luar nikah.

"Kalau mereka terbaca tweet ini, saya cuma nak cakap terima kasih atas segalanya. Silakan nikmati rasa bahagia dengan masa yang masih tersisa," tulisnya lagi sambil meminta netizen mendoakannya kuat untuk menghadapi hari mendatang serta dimurahkan rezeki.

Menjengah ruangan komen, pelbagai cadangan yang dilontarkan netizen antaranya mendapatkan kaunseling atau nasihat dari pejabat agama.

curang 2

Rata-rata netizen melahirkan rasa simpati dengan nasib wanita berkenaan.

Namun rata-rata netizen menasihatkan agar wanita berkenaan bijak membuat pertimbangan agar tidak berterusan menjadi mangsa penipuan pasangan sendiri.

"Sekali je kena tipu, tak payah peluang-peluang dah... semua tu tipu.

"Kalau ada bukti, bawa bukti-bukti tu ke mahkamah syariah, tuntut fasakh.

"Kalau ada bukti, boleh je saman pihak ketiga. Jantan dan betina tu sama-sama patut kena lepuk. Kalau sayang bini, takkan ada orang ketiga.

"Pertama, awak hanya perlu jaga hati awak. Kedua, apa jenis bapa ni? Anak tak perlukan dia sebagai bapa. Awak sendiri dah memadai," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini ciapan berkenaan meraih 582 ulang kicau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain