RUPA paras bukan segalanya, namun ia juga boleh membawa kepada pergolakan dalam rumah tangga. Di Twitter, luahan seorang suami mengenai perubahan fizikal isterinya ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen. Dalam luahan itu, lelaki berkenaan mengadu isterinya gagal menguruskan badan walaupun sudah dua tahun melahirkan cahaya mata. "Wife aku bersalin dua tahun lepas. And since then dia naik berat badan and obese now. Lelaki itu hairan apabila isterinya gagal menguruskan badan walaupun sudah dua tahun melahirkan cahaya mata. "Aku faham dia naik berat sebab pregnant anak aku tapi dah dua tahun, takkanlah tak boleh kurus balik?" soal lelaki itu. Lebih parah, lelaki itu berkata dia bagaikan hilang 'selera' untuk bersama kerana fizikal isterinya yang berisi. Tambahnya, dia juga 'pening' melihat isterinya yang gemar menikmati makanan tidak sihat seperti coklat dan aiskrim. "Aku sayang dia tapi you know dah tak macam dululah. Nak bersama pun aku jadi malas. Aku sayang dia. Aku faham dia naik berat sebab pregnant anak aku tapi dah dua tahun, takkanlah tak boleh kurus balik? SUAMI "Aku just nak dia sihat macam dulu, jaga makan. Apa aku kena buat bagi mental dia kuat nak diet? "Dia dah ada niat tapi esoknya melantak coklat, aiskrim. Pening aku min (admin)," luah lelaki itu kepada pengendali akaun Twitter @ConfessTweetMY. Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa meluat dengan sikap lelaki itu yang dikatakan tidak memahami isteri sendiri. Malah, netizen turut menuduh lelaki itu sekadar memandang rupa paras sehingga tergamak berfikiran buruk terhadap isterinya. ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang selera dengan isteri, merungut tak ‘pasang badan’ selepas beranak - “Tiap-tiap bulan aku bagi RM50” ARTIKEL BERKAITAN: Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut... Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib "Meluat aku dengan jantan macam ni. Jantan jenis macam ni la suka tengok betina lain sebab expectation terhadap wife tinggi. "Saya rasa abang boleh cuba tukar role dengan bini untuk satu hari. Cuba abang suruh dia pergi gym satu hari dan abang pula ambil alih tugas dia dekat rumah dan jaga anak. "Suaminya kurus ke boroi? Apa susahnya, exercise la together. Pergi gym, slow jogging bersama. Then makan pun sama-sama la control with healthy foods. Isteri ni dia nak ada sokongan bersama je. Kalau dia sorang, memang kelaut la diet dia jawabnya," tulis beberapa netizen. Sementara itu, seorang lagi pelayar Twitter mengakui dia menangis selepas membaca posting berkenaan kerana kasihan akan nasib isteri lelaki tersebut. Dakwa lelaki itu, isterinya tidak mengamalkan pemakanan sihat. "Sejujurnya, post ini membuatkan saya menangis semalaman. Tak ada kaitan dengan hidup saya tapi saya empati dengan si isteri. Saya boleh bayangkan betapa sedihnya dia. "Lelaki kalau naik badan pun, isteri masih nampak suaminya menarik. Saya tak tahu kenapa lelaki bersikap begini? "Manusia berubah, fizikal berubah. Lelaki, kau kahwini isteri ketika dia berusia 20-an. Ketika dia ditatang bagai minyak penuh oleh ibu bapanya. "Lumrah kehidupan, dia pasti akan berusia, ada anak dan mungkin ada isu kesihatan. Habis tu, kamu ingat isteri yang kamu kahwini masa umur 20-an akan kekal muda selamanya?" soal wanita itu lagi sehingga menerima lebih 7,000 ulang kicau (retweet). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI