BUKAN hanya melalui tingkah laku, seseorang juga boleh meluahkan perasaannya melalui pelbagai cara, antaranya lukisan. Menerusi satu video yang tular di media sosial, seorang ibu berkongsi beberapa karya menyeramkan hasil lukisan anak perempuannya. Dalam video berdurasi satu minit dimuat naik oleh ibu yang dikenali sebagai Herdiana, di akaun TikTok @nicky_13101, dia pada awalnya hanya mahu memeriksa buku kerja sekolah anaknya itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Namun sebaik sahaja menyelak beberapa helaian di belakang, wanita tersebut terkejut apabila mendapati lebih daripada 10 lukisan menyeramkan dilukis oleh anaknya. "Ibu terkejut tengok buku tulis anak perempuan ada benda-benda ni. Dia tekanan perasaan ke macam mana ea?" tulisnya pada perkongsian tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Anak gadis ada ‘pendamping’ sejak kecil, alami tekanan mental lepas kematian bapa... Ibu tak putus doa memohon keajaiban Allah ARTIKEL BERKAITAN: Melulu kaitkan anak autisme, speech delay dengan gangguan jin... ustazah teruk kena ‘sekolah’, pakar psikiatri pun bersuara Menurut wanita berkenaan, anak perempuannya sebenarnya tidak pandai melukis. "Kalau melukis pun biasa-biasa saja," jelasnya pada ruangan komen. Tambah Herdiana, namun sejak kebelakangan ini, anaknya suka bersendirian dan tidur di ruang tamu. Penjelasan Herdiana di ruangan komen. "Ada satu lukisan tu dia lukis berlatarkan dalam rumah saya. "Apabila saya slowtalk dengan dia, dia cuma suka dan gelak saja. Kami selalu juga bergaduh tapi biasalah gaduh anak dan mak. Minta semua doakan yang baik-baik saja ya," jelasnya lagi di ruangan komen. Bagaimanapun Herdiana tidak menyatakan umur anak perempuannya itu. Check dengan ustaz juga sis, risau ada gangguan makhluk halus... macam ada benda ganggu dia. NETIZEN Perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, dengan rata-rata daripadanya menyarankan agar Herdiana segera membawa anaknya mendapatkan rawatan psikiatri kerana dibimbangi situasi tersebut mempunyai kaitan dengan kesihatan mental. "Sis, ini tanda kemurungan. Bawa pergi berubat, dia dalam bahaya. Ada yang tak berhenti bercakap dalam kepala dia. "Tanda-tanda kemurungan... aku pun dulu macam ni. Dia jadi sebab tak tahu nak luah dekat siapa dan tak tahu nak luahkan perasaannya dekat orang. "Semua lukisan anak puan ada pattern yang sama. Kena bawa pergi klinik, minta rujuk kepada pakar psikiatri. Kita ada art therapist," demikian antara cadangan netizen. Netizen menyarankan wanita itu agar membawa anak perempuannya mendapatkan rawatan. Namun ada juga yang berpandangan anak wanita berkenaan berkemungkinan mempunyai gangguan makhluk halus. "Bukan kemurungan ni... ada benda yang teman dia apabila dia keseorangan. "Check dengan ustaz juga sis, risau ada gangguan makhluk halus... macam ada benda ganggu dia," komen netizen. Sehingga kini video berkenaan meraih 2.2 jumlah tontonan di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI