suria

[V] "Mesti dia potong guna pisau kupas kulit buah” - Keledek goreng ‘rupa’ macam kerepek, netizen buat bermacam andaian

Tangkap layar menunjukkan keledek goreng yang dibeli dipotong terlalu nipis.

SEMAKIN hari semakin banyak kisah mengenai isu makanan yang dikongsi di media sosial.

Apatah lagi dalam kehidupan masyarakat kini yang sering sibuk, mereka lebih memilih untuk membeli sahaja makanan berbanding memasak kerana lebih mudah dan cepat.

Bagaimanapun, adakalanya kualiti dan kuantiti makanan dibeli di kedai atau gerai tidak berpatutan atau setanding dengan harga yang dibayar.

Begitulah luahan hati seorang pelayar di TikTok sambil berkongsi rakaman keledek goreng bersalut tepung yang disifatkannya terlalu nipis.

Berkongsi pengalaman, pelayar yang menggunakan nama @teratai93 ini meluahkan rasa kecewa dengan memberikan komen berbentuk sarkastik pada video tersebut.

"Pergi (tunaikan) haji dua kali sehari ni makcik ya," tulisnya menyindir peniaga tersebut.

Menerusi video berdurasi sembilan saat itu, kelihatan isi keledek goreng itu sangat nipis sehingga diibaratkan senipis kulit bawang oleh pelayar tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh penghantar makanan enggan ‘naik atas’ hantar order, rider OKU bersuara - “Pelanggan tergamam saya selak seluar”

ARTIKEL BERKAITAN: Beli pulut panggang dapat free 2 papan dawai kokot! Pelanggan kecewa peniaga buat tak acuh, minta maaf pun tidak

Dalam video sama, dia turut mengeluarkan sekeping keledek goreng itu dari plastik lalu mengopek salutan tepung bagi menunjukkan tahap kenipisan hirisan ubi.

Malah, dia turut membalas komen salah seorang netizen yang memberi respons dengan menyatakan bahawa bawang yang dipotong nipis sebenarnya lebih tebal berbanding isi keledek yang dibeli.

Dia percaya, keledek yang dipotong nipis itu bertujuan untuk mengaut keuntungan berganda dan peniaganya mahu cepat kaya.

Kalau nipis macam ni baik buat kerepek.

NETIZEN

Posting tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata menyokong kenyataannya itu dengan meninggalkan komen dan pandangan masing-masing.

Ada yang berseloroh dengan memberi cadangan lebih baik jika peniaga bertukar produk jualannya kepada kerepek sahaja melihatkan isinya yang nipis itu.

"Baik terus buat kerepek sajalah makcik oi.

"Kalau nipis macam ni baik buat kerepek.

"Makcik ni dulu pembuat kerepek tapi dia terlupa hari ni dia dah jadi penjual ubi goreng.

Komen netizen di TikTok.

"Mesti dia potong guna pisau kupas kulit buah tu," komen beberapa netizen di TikTok.

Untuk rekod, video tersebut ditonton lebih 25,000 kali dan meraih lebih 470 tanda suka setelah dikongsikan.

Dalam pada itu, terdapat netizen yang mengaitkannya dengan isu kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi.

Namun, tindakan mengurangkan kos dengan mengecilkan saiz bahan mentah untuk dijual sangat tidak patut dilakukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain