suria

[V] BMW 320i jadi katil bergerak, boleh baring atas toto siap lunjur kaki... Tapi netizen risau, terfikir bahaya menanti!

Sebuah keluarga menunjukkan keadaan mereka berbaring dalam kereta.

PERJALANAN jauh menaiki kereta yang memakan masa lebih separuh hari sudah pasti meletihkan badan.

Namun, pelbagai cara dapat dilakukan demi memastikan sebuah trip itu lebih selesa.

Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, dia menunjukkan cara bagaimana keluarganya bersiap-siap untuk berangkat ke Pulau Pinang dari Endau di Mersing, Johor.

Dalam video tersebut, kelihatan tiga penumpang BMW E90 320i bersiap sedia dalam keadaan berbaring di ruang tempat duduk belakang.

Jelas dapat dilihat tempat duduk belakang dibuka bagi mendapatkan ruang yang rata sehingga kaki penumpang dapat dilunjurkan ke ruangan but kereta.

Bagi menambah keselesaan ruangan berkenaan dialas dengan tilam toto.

Menurut wanita ini, pengubahsuaian itu dibuat bagi menjadikan perjalanan mereka dari utara ke selatan lebih selesa.

"Janji depa (mereka) selesa. 12 jam Endau Johor ke Pulau Pinang," tulis wanita ini pada video tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih gadai nyawa daripada bertengkar! Suami nekad terjun dari kereta sewa selepas insiden gaduh dengan isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Kecil tapi bahaya! Lelaki cemas, tak sangka pelekat getah boleh buat stereng terbakar dalam masa singkat

Sehingga kini video berkenaan menerima lebih sejuta jumlah tontonan.

Rakaman video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai pandangan dalam kalangan warganet.

Dalam memuji, ramai juga yang mempersoalkan tahap keselamatan penumpang sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

"Depan dan belakang kenderaan adalah crumple zone dan crash zone. Bahagian yang lembut. Agak-agak kalau accident apa jadi?

Tak kena lagi gelak-gelaklah, andai terjadi apa-apa menangis sampai air mata darah tak guna dah.

NETIZEN

"Bahaya tu. Saya kadang-kadang perjalanan 24 jam duduk atas kereta ikut suami kerja. Tidur macam tu saja. Berhenti mana-mana tidur tepi jalan. Tak pun ada bajet lebih tidur hotel.

"Bahayalah macam ni. Accident tu kita tak boleh nak jangka. Depan dan belakang kereta tu untuk crash zone.

"Tak kena lagi gelak-gelaklah. Andai terjadi apa-apa menangis sampai air mata darah tak guna dah," ujar netizen.

Komen netizen di TikTok.

Bukan itu sahaja, warga maya juga mengingatkan agar orang ramai tidak meniru kaedah yang dikongsikan wanita tersebut.

"Benda salah jangan tunjuk nanti JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia) check kereta setiap kali cuti panjang. Benda bahaya ni.

"Janganlah dibuat benda-benda b***h macam ni. Pakailah seat belt," komen beberapa netizen lagi pada video tersebut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain