SETIAP hari para peniaga pastinya berdepan pelbagai jenis pelanggan yang berbeza ragam. Adalanya tanpa kita duga, kebaikan dan keikhlasan itu diuji saat berdepan dengan pujuk rayu pelanggan. Begitulah yang terjadi kepada seorang peniaga, Siti Nor Jannah Sudin, 32, apabila terpaksa menangguhkan waktu untuk menutup gerainya pada 30 September lalu. Menurut wanita yang lebih mesra disapa Kakcik, pelanggan itu merupakan seorang warga emas berusia 66 tahun bersama anak perempuannya yang teringin merasai makanan dijualnya ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Hari kejadian tu dah petang pun. Saya dah nak buat closing dengan kemas-kemas kedai sebelum tutup. Dah 90 peratus, tinggal sikit lagi nak simpan barang. "Tapi ada nampak seorang makcik ni dengan anaknya dah pusing-pusing dekat kedai saya. Tak lama lepas tu dia datang dekat menu makanan. Dia tanya 'Ada lagi tak?' "Saya pun minta maaf dekat dia sebab kami memang dah nak tutup kedai masa tu," ujarnya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Kedai makan tak laku, seorang pelanggan pun tiada... Hasrat wanita minta edit gambar macam gerai viral sentuh hati netizen ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan buat peniaga macam peminta sedekah, liat langsai hutang! Pesan roti harga RM78 tapi tak mahu bayar Bagaimanapun, jelas Kakcik yang menjalankan perniagaannya di Kota Setar, Kedah itu, wanita tersebut terus mendekatinya sambil memberitahu bahawa dia sedang lapar. Ujar Kakcik yang menjual menu sarapan pagi barat sejak enam bulan lalu, permintaan makcik yang tidak diketahui identitinya itu meruntun hati dan sanubari. Tanpa berlengah lagi, dia kemudiannya membuka semula bungkusan roti yang disimpan lalu menyediakan makanan untuk dihidangkan kepada dua orang pelanggan berkenaan. Pelanggan itu datang ke gerai Kakcik buat kali kedua setelah viral. "Makcik ni datang dan pegang saya. Dia cakap yang dia lapar. Sedih pula saya dengar. Lepas dia beritahu macam tu, saya terus cuit adik dan beritahu tentang perkara itu. "Lepas tu saya pun buka semula makanan. Saya tanya makcik tu dia nak makan apa... kemudian saya terus buat set omelet yang dia nak. "Makcik tu ada tanya 'tak apa ke?' sebab kasihan terpaksa punggah semula barang niaga. Saya cakap dekat dia yang saya tak kisah. Janji makcik boleh makan. Lagipun makanan saya jual ringkas saja jadi senang nak basuh pinggan balik," katanya lagi. Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula. SITI NOR JANNAH Menerusi rakaman yang dimuat naik Kakcik, kelihatan riak wajah gembira makcik itu sambil menikmati juadah setelah permintaannya ditunaikan. Video tersebut menjadi tular di TikTok sehingga meraih lebih 500,000 jumlah tontonan. Malah Kakcik akui tidak menyangka bahawa rezekinya semakin luas dan bertambah setelah video tersebut meraih perhatian ramai. Komen netizen di TikTok. "Masa tu sebenarnya sehari sebelum hari jadi saya. Walaupun niat asal nak bersedekah bagi makan tapi rezeki tu berbalik dekat saya pula. "Selepas video tu viral, ramai orang makin kenal dan datang kedai saya. Ada juga yang mula bertanya saya jual apa juga di ruangan komen. "Bila baca komen-komen positif macam tu saya makin semangat nak berniaga. Untuk saya yang masih baru lagi dalam dunia perniagaan, ini merupakan satu rezeki besar," ujarnya menutupi kisah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI