BAGI peminat tegar kopi, sehari dirasakan tidak lengkap sekiranya tak menghirup minuman tersebut. Boleh dikatakan kopi ibarat 'candu' yang digemari bukan sahaja kerana aromanya tetapi mampu membangkitkan mood seseorang. Lebih-lebih lagi ketika ini kedai atau kafe kopi ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan, di mana ia menjadi 'port' kegemaran ramai untuk bersantai sambil menikmati secawan kopi. Begitulah juga kisahnya dengan seorang jejaka yang ketagih kopi sehingga membelanjakan lebih RM700 sebulan untuk minuman tersebut! Ciapan yang tular di Twitter. "First time track monthly coffees spending (Pertama kali membuat rekod perbelanjaan kopi bulanan). Tak berani nak total up," demikian kapsyen yang ditulis dalam satu ciapan di Twitter. Dalam perkongsian tersebut, pemuda bernama @BaqirNajh turut membuat senarai harga kopi yang dibelinya setiap hari, sepanjang bulan Oktober di beberapa kafe termasuk francais kedai kopi terkenal. ARTIKEL BERKAITAN: Mengidam ‘next level’, isteri ketagih nak bau minyak wangi bekas teman lelaki! Suami cuba tolak, tapi... “Sudahnya mencebik la dia” ARTIKEL BERKAITAN: Bermula rasa ingin cuba, akhirnya jadi ketagih minuman tenaga... pernah habis 4 tin sehari! Gadis akui payah nak berhenti tapi ingat nasihat ibu ayah Mengejutkan, jumlah yang dibelanjakan untuk membeli kopi berjumlah RM706 itu menyamai ansuran bulanan sebuah kereta! Menerusi rekod perbelanjaan itu juga, ada beberapa hari di mana pemuda tersebut membeli kopi sebanyak tiga kali atau tiga cawan dalam sehari. Perkongsian tersebut mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen, dengan segelintir daripadanya yang juga dalam kategori pencinta kopi, mengakui berkongsi 'masalah' ketagihan yang sama. Antara komen netizen terhadap perkongsian pemuda berkenaan. Ada juga yang berpendapat jumlah sedemikian tidak berbaloi untuk dihabiskan demi kopi semata-mata kerana boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. "Lepas la nak bayar Myvi. "Aku pula spending untuk barang dapur dan makan setiap bulan pun takut nak total up," komen netizen. Tak takut ke kalau minum kopi banyak-banyak boleh mati pucuk? NETIZEN Namun ada juga netizen yang mencadangkan agar pemuda tersebut membeli mesin kopi untuk diletakkan di rumah kerana ia ternyata lebih menjimatkan. "Average sehari RM22.80. Wow banyak tu sedara! "Beli manual press machine seperti french press. Hanya sekitar RM200. "Beli sebiji mesin kopi boleh save banyak in the long run. Buat drip kopi untuk ice latte lagi sedap kot dari beli luar," demikina antara cadangan netizen. Namun tidak kurang juga ada yang khuatir tabiat pengambilan kopi berlebihan akan menjadi penyumbang kepada masalah kesihatan. Ada segelintir netizen khuatir tabiat pemuda tersebut boleh menjejaskan kesihatannya. "Bukan nak jadi party pooper (perosak suasana), tetapi kawan-kawan, tolong kawal pengambilan kafein dan gula anda. "Tak takut ke kalau minum kopi banyak-banyak boleh mati pucuk? "Memang hari-hari minum coffee ke? Ya Allah tidur macam mana? Terganggu tak?" demikian antara komen netizen. Sehingga kini perkongsian pemuda berkenaan meraih 5,508 ulang kicau. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI