suria

[V] “Bawah tempat rahsia suami saja tahu” - Pendakwah lantang pertahan ibu bersalin, label suami dayus biar doktor lelaki tengok aurat

Pendakwah ini memberi pendapat mengenai doktor lelaki sambut kelahiran bayi.

KETERUJAAN pastinya dirasai oleh ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.

Bagaimanapun banyak persediaan perlu difikirkan sebelum proses kelahiran termasuklah pemilihan hospital dan doktor.

Jika bersalin di hospital swasta, bakal ibu boleh memilih mana-mana doktor yang disukai atau dirasakan selesa, tetapi 'kelebihan' ini tidak diperolehi jika bersalin di hospital kerajaan,

Mahu atau tidak, ibu-ibu hamil terpaksa mendedahkan aurat untuk bayi mereka disambut oleh doktor lelaki kerana situasi ini difikirkan 'darurat'.

Bagaimanapun, isu doktor lelaki menyambut kelahiran bayi membuatkan seorang penceramah bebas berasa kurang senang terhadap suami yang sanggup membiarkan perkara itu berlaku.

Perkongsian Siti Afifah Shahbudin di media sosial menjadi tular apabila dia begitu lantang dan tegas menyatakan pandangan bahawa kaum ibu tidak sepatutnya mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan suami mereka.

“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah!

“Kadangkala yang tak masuk akal, doktor lelaki. Kalau kamu tak takut dosa... dengan Allah esok Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak ada kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana.

“Ramai doktor wanita (boleh sambut) bersalin, kenapa dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak. Tengok ‘bawah’ bini awak tu,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami hilang ’selera’ tengok isteri, tak kurus-kurus lepas beranak... Harini niat nak diet, esoknya melantak coklat dan aiskrim

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit bersalin belum hilang, suami ‘makan luar’ dengan ex-GF... isteri terduduk tahu ‘penyondol’ sedang hamil

Turut menjadi pertikaian dan persoalan wanita ini apabila golongan suami tidak berasa cemburu doktor lelaki melihat aurat dan bahagian kemaluan isteri.

Malah, golongan suami ini juga dikatakan dayus kerana ramai doktor wanita di luar sana yang boleh menyambut kelahiran mayi mereka.

“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain lihat aurat isteri dia, bawah tempat rahsia hanya suami saja tahu.

“Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.

“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,” ujarnya lagi.

Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh.

SITI AFIFAH

Justeru dia menasihati golongan suami supaya mengumpul duit dalam tempoh sembilan bulan isteri mengandung jika tidak mampu membayar kos melahirkan anak di hospital swasta, yang dianggarkan menelan kos sekitar RM4,000.

Selain itu, dia juga berkongsi mengenai kompilasi terpaksa ditanggung wanita yang bersalin melalui kaedah pembedahan.

“Bayarlah doktor perempuan. Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh,” katanya lagi.

Video yang dikongsi di akaun TikTok miliknya dihujani banyak pendapat dan cadangan di ruangan komen.

Warga maya mengutarakan pendapat mereka susulan pandangan yang diberikan pendakwah wanita ini.

Komen netizen di TikTok.

“Bukan semua orang mampu ke swasta untuk pilih doktor. Nak menyimpan setiap bulan dari mengandung pun kena fikir komitmen rumah dan anak yang sedia ada.

“Senangnya cakap. Suami minta doktor perempuan, dia kena marah balik. Lepas tu saya cakap tak apa saya dah nak beranak ni, lepaskan sakit saya.

“Memang semua ada RM10,000 dalam tangan nak hantar bini bersalin di hospital swasta. Jangan senang-senang jatuh hukum even ustazah sekali pun.

“Tak apa nanti nak bersalin pakat ketuk rumah ustazah mungkin dia boleh tolong sambut baby kalau doktor perempuan tak ada,” komen netizen di TikTok.

Semakan mStar pada akaun TikTok miliknya mendapati ustazah Afifah kerap berkongsi video mengenai tip dan nasihat kepada umum.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain