TERKENAL dengan gelaran tall, dark and handsome, figura bernama Khairy Jamaluddin sememangnya menjadi perhatian sesiapa sahaja terutamanya golongan Hawa. Tidak sekadar kerana penampilannya yang kacak, namun kredibiliti sebagai seorang pemimpin serta latar belakang akademiknya yang bukan calang-calang juga membuatkan beliau dikagumi ramai. Ketika ini, pemimpin berusia 46 tahun ini menjadi centre of attention susulan diangkat menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Parlimen Sungai Buloh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Di tengah-tengah kerancakan berkempen, satu video yang dimuat naik oleh seorang gadis, @anisanira di aplikasi TikTok baru-baru ini membuatkan rata-rata netizen 'tidak keruan' apabila melihat reaksi pemimpin kacak berkenaan. "Aku terjumpa ex-scandal (aku saja yang claim dia macam tu) dekat AS LLM Dash Penchala Link Tunnel Night Run 2022, 5 November. "Dia masih ingat aku even dah enam tahun berlalu. Padahal kami borak kosong je and ada la bertukar pick-up lines. "Malas nak cerita lebih-lebih, korang tengoklah sendiri," tulis gadis berkenaan pada perkongsian videonya. ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Buloh trending di Twitter, netizen mahu Hans Isaac lawan Khairy Jamaluddin ARTIKEL BERKAITAN: 'OOTD' Khairy Jamaluddin Memang Stailo Menerusi video berdurasi 15 saat tersebut, kelihatan Khairy sempat menyapa gadis tersebut malah mengingati namanya dengan jelas. "Do you know I remember your name? (Adakah anda tahu saya ingat nama anda?)" sapa Khairy sebelum ditanya kembali oleh gadis berkenaan sama ada pemimpin berkenaan masih mengingati dirinya. "Yeah I do (Iya saya ingat). Anis!" Jawab pemimpin berkenaan sambil tersenyum. Khairy dan Anis bertukar-tukar 'pick-up lines' dalam satu program sukarelawan enam tahun lalu. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Anis Anira awal tahun lalu, difahamkan pertemuannya dengan pemimpin berkenaan berlangsung dalam satu projek sukarelawan, MYCorps. Di dalam video berkenaan, gadis tersebut membuat persembahan nyanyian selain dia bersama rakan-rakannya sempat beramah mesra sambil bertukar 'pick-up lines' dengan Khairy. Patutlah dapat study dekat Oxford... kuat ingatan dia ni. NETIZEN Menjengah ke ruangan komen, netizen menyifatkan gadis berkenaan sangat bertuah kerana diingati oleh Khairy. Namun rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan Khairy kerana mempunyai daya ingatan yang tajam, malah ada di antaranya turut berkongsi insiden serupa bersama pemimpin tersebut. Antara komen netizen pada perkongsian video Anis Anira. "KJ memang jenis ingat orang walaupun hanya berjumpa sekali. Masa dia jadi bos aku dekat KBS (Kementerian Belia dan Sukan) dulu, dia boleh ingat semua staf yang dia jumpa. Harap dia menang di Sungai Buloh, InsyaAllah. "Patutlah dapat study dekat Oxford. Kuat ingatan dia ni. "Saya salah seorang yang KJ ingat selepas tujuh tahun. Terserempak dekat bangunan kerajaan... dia panggil! "Dalam enam tahun tu mungkin beribu program dia pergi tapi tetap ingat," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI