suria

“Abah cekik leher along!” - Adik saksi bapa panas baran, 6 beradik hilang rasa hormat... Masa sakit seorang pun tak jenguk

Sikap si bapa yang panas baran membuatkan emosi anak-anak terjejas. Gambar hiasan

PERWATAKAN tegas dan garang sememangnya sinonim bagi individu yang bergelar bapa.

Tujuan utamanya adalah untuk mendidik dan membentuk disiplin dalam diri anak-anak agar menjadi insan yang berguna dan mampu membanggakan keluarga apabila meningkat dewasa kelak.

Namun sikap garang yang keterlaluan serta tidak bertempat amat tidak digalakkan kerana emosi anak akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka.

Sebagaimana luahan seorang individu di laman ConfesstweetMY, dia berkongsi kisahnya dan lima adik-beradik lain yang dibesarkan dalam suasana yang agak tertekan gara-gara bapanya seorang panas baran.

"Abah punya baran sampai kalau lambat hidang makan pun dia mengamuk pekik dekat mak. Dimakinya lembab tak pandai jaga dia.

"Apabila abah ada dekat rumah, rumah jadi sunyi sepi. Tak boleh bising, tak boleh main. Kalau abah keluar barulah rumah tu hidup dengan gelak tawa kami dan mak. Kami gembira dia tak ada dekat rumah," kongsinya.

baran 2

Ibunya turut menjadi mangsa 'amukan' sekiranya lambat menghidangkan makanan. Gambar hiasan

Menurut individu yang tidak mendedahkan identiti itu, disebabkan sikap si bapa, abang sulungnya yang ketika itu berusia awal 20an mengambil keputusan untuk lari dari rumah dan tidak pulang bertahun-tahun lamanya selepas terjadi pertengkaran.

"Mereka pernah gaduh besar, abah cekik leher along tapi along tak balas fizikal. Dia tunggu abah lepaskan.

"Esoknya along lari dari rumah, terus tak balik bertahun-tahun," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mama jangan, pedih!” - Anak perempuan 3 tahun mengadu sakit masa buka seluar, rupanya bapa jadikan si kecil pemuas nafsu!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas cium pipi, kawan ayah cuba buka seluar! Gadis sempat rakam aksi lelaki durjana, paksa buat ‘projek’ dalam kereta

Individu itu dan adik-beradiknya yang lain turut menyusul keluar dari rumah berkenaan apabila melangkah ke alam pekerjaan.

"Kami semua penat ajak mak duduk dengan salah seorang daripada kami tapi mak tak nak. Nak jaga abah," luahnya.

Betapa terkilan dengan sikap si bapa, dia juga mengakui bahawa tiada seorang pun daripada adik-beradiknya terbuka hati untuk pulang ke kampung apabila mendapat khabar berita lelaki itu jatuh sakit.

posting

Sebahagian daripada perkongsian individu berkenaan.

"Tak lama lepas tu abah meninggal. Kami pun balik uruskan jenazah. Kebetulan bulan puasa masa tu. Lagi dua hari nak raya.

"Untuk pertama kalinya dalam hidup kami, kami pasang lampu kelip-kelip dekat luar rumah. Pasang pelita, rumah pun riuh gelak tawa adik-beradik dan anak saudara.

"Mak ceria sangat main dengan cucu. Tak ada lagi tahan ketawa, tak ada lagi larangan bising, tak ada lagi caci maki dalam rumah. Kami happy untuk pertama kali sambut raya.

"Selesai solat raya, kami balik rumah beramai-ramai hidang makanan masak semalam. Tiba-tiba ada orang bagi salam. Suara yang saya dah bertahun-tahun tak dengar. Suara along.

"Kami adik-beradik semua berlari peluk along. Menangis macam budak-budak. Tak ada cover dah," kongsinya lagi.

Jangan jadi ibu bapa toksik. Didik anak supaya mereka sayang kita, mahu dekat dengan kita apabila mereka dah dewasa kelak.

NETIZEN

Sejak pemergian si bapa, ujarnya, mereka adik-beradik kerap menziarahi ibu kerana wanita berkenaan lebih selesa tinggal di kampung.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 3,000 ulang kicau.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen yang turut berkongsi kisah yang hampir serupa.

Rata-rata menasihatkan ibu bapa muda agar mengambil iktibar dengan perkongsian berkenaan supaya tidak melakukan penderaan emosi kepada anak-anak.

"Bapa dia ni bukan garang, tapi abusive. Ibu bapa sila ambil perhatian, garang biar bertempat.

"Jangan jadi ibu bapa toksik. Didik anak supaya mereka sayang kita, mahu dekat dengan kita apabila mereka dah dewasa kelak," demikian antara komen netizen.

komen

Kisah berkenaan turut meninggalkan kesan buat netizen.

Dalam pada itu ramai juga dalam kalangan netizen melahirkan rasa gembira kerana keluarga individu berkenaan akhirnya kembali bersatu dalam suasana yang harmoni.

"Sebaknya baca confession ni. Kuat dan sabarnya ibu kamu.

"Macam movie tapi realiti. Tumpang happy untuk kamu.

"Alhamdulillah, mereka berhak mendapat kegembiraan pada akhirnya," demikian komen beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain