suria

[V] Riuh majlis kahwin! Pengantin wajah iras Nabila Razali terkejut didatangi tetamu ‘Spider-Man’, 4 beradik ‘buat hal’ depan pelamin

Cikgu Orked berkongsi kisah sewaktu majlis nikah dan sanding.

KADANG kala hubungan adik-beradik ibarat 'anjing dengan kucing' kerana suka berkelahi, tapi mereka boleh menjadi 'áuto sopan' ketika berada di majlis yang dihadiri ramai orang.

Begitulah juga dengan gelagat tiga beradik lelaki bersama seorang pengantin perempuan di hadapan pelamin yang mengundang lucu dalam kalangan netizen.

Sesi fotografi melibatkan empat beradik itu bertukar sedikit kecoh apabila mereka mengusik dan bergurau antara satu sama lain, tetapi pengantin perempuan tetap melemparkan senyuman.

Berkongsi cerita, pengantin perempuan, Amy Mistika Salim berkata, video yang baru dimuatnaik di laman sosial itu dirakam sewaktu majlis nikahnya di Pasir Gudang, Johor pada 24 Jun lalu.

Wanita berusia 27 tahun itu memberitahu, terdapat sesi fotografi bersama keluarga selepas akad nikah, diikuti dengan permintaannya untuk bergambar dengan adik-beradik.

"Sebenarnya saya tak perasan pun salah seorang adik saya menyakat adik bongsu. Saya hanya sedar sewaktu membelek galeri, rasa kelakar dan kongsi sebagai kenangan.

"Biasalah adik-beradik, kadang-kadang nampak macam bergurau kasar tapi kami sebenarnya sayang sangat sesama sendiri," katanya ketika dihubungi mStar.

empat beradik 7

Keakraban empat beradik.

Menurutnya, dia merupakan anak sulung daripada empat beradik, diikuti Alif Syahmi Danial, 22, Aiman Salihin Danish, 16, dan Afif Haziq Dinie, 12.

Lebih dikenali sebagai Cikgu Orked, dia yang bertugas sebagai tutor Matematik berkata, mereka adik-beradik dididik untuk meletakkan keluarga sebagai keutamaan sejak kecil (family person).

ARTIKEL BERKAITAN: Adik terkenang kebaikan kakak... sanggup datang dari jauh, rela tiada gaji 8 hari demi bantu hadapi trauma pasca banjir

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Di rumah atau sekolah, adik umur 4 tahun setia jaga kakak istimewa! Berak, kencing dicuci dengan rela hati

"Ke mana pun mak ayah kami pergi, beraya rumah orang ke, majlis ke... takkan ada seorang pun yang boleh tinggal kat rumah. Wajib ikut sampailah kami kahwin.

"Kita selalu nampak anak-anak kecil je akan ikut mak ayah, manakala yang dah besar buat hal sendiri. Tapi kami tak dibiasakan macam tu, jadi sebab itulah kami rapat walaupun ada jurang dari segi umur," ujarnya yang berasal dari Pasir Gudang.

empat beradik 5

Cikgu Orked anggun pada majlis nikah dan sanding.

Bagi Cikgu Orked, banyak bergaduh dan 'bertekak' sesama adik-beradik menjadikan hubungan mereka rapat dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih baik.

Walaupun sudah berumah tangga, Cikgu Orked masih mahu meneruskan amalan sebagai 'family person' dalam kalangan keluarganya.

Kadang-kadang nampak macam bergurau kasar tapi kami sebenarnya sayang sangat pada adik-beradik.

CIKGU ORKED

"InsyaAllah selagi mampu dan panjang umur, kami nak terus jaga dan kukuhkan hubungan kekeluargaan ni. Lebih-lebih lagi adik-beradik, dan kami berusaha untuk berkumpul bersama.

"Biarlah kasih sayang yang dipupuk dari sekarang akan menyelamatkan hubungan kami. Sebab terlalu banyak contoh yang kita nampak, apabila semakin tua... tamak harta mengatasi kasih sayang adik beradik. Saya tidak mahu perkara seperti itu berlaku," tambahnya.

empat beradik 4

'Spider-Man' menunjukkan sesuatu kepada pengantin.

Video sesi fotografi yang dimuat naik Cikgu Orked meraih 2.5 juta tontonan di Tiktok, dengan rata-rata netizen berpandangan wajahnya mirip penyanyi Nabila Razali.

"Sebelum ini ada yang pernah tegur tapi saya menafikannya. Tapi ramai pula yang cakap ada sama. Mungkin agaknya air muka apabila senyum yang seakan sama," ujarnya lagi.

empat beradik 3

Pasangan pengantin bersama 'Spider-Man'.

Selain disamakan dengan Nabila Razali, Cikgu Orked turut berkongsi kisah lucu didatangi 'Spider-Man' sewaktu sesi fotografi di majlis persandingannya pada hari sama.

"Tiba-tiba ada sorang budak kecil datang dan pakai kostum Spider-Man. Dia tunjukkan kertas yang ditulis 'Abang tolong jaga cikgu saya baik-baik ya'.

"Semua terkejut dan gelak sebab pesanan tu ditunjukkan kepada suami saya. Spider-Man tu bukanlah murid saya, tapi anak saudara lelaki yang tahu saya ni cikgu," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain