MEMBAWA bekal makanan ke tempat kerja tidak lagi menjadi perkara asing dalam masyarakat kini. Stigma atau perasaan malu tentang tanggapan orang terhadap mereka yang membawa makanan sendiri juga sudah berubah. Selain daripada menjimatkan, tahap kebersihannya juga lebih terjamin berbanding makanan yang dibeli di kedai. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Baru-baru ini tular satu video seorang lelaki membawa bekal makanan ke tempat kerja hingga mengundang usikan rakan sepejabat. Bukan kerana dianggap tidak 'cool' membawa bekal atau bento, sebaliknya hiasan hidangan yang dibawa itu dianggap 'next level' dan cukup menarik. ARTIKEL BERKAITAN: Diberi RM2 ke sekolah bersama bekal, bapa pelik anak berkeras nak bawa RM5! Keliru antara kawan ‘paw’ atau memang tak cukup ARTIKEL BERKAITAN: Ibu rajin beli bekas makanan, sudahnya ramai tertunggu bekal Rahel setiap hari - “Suami bebel, tapi akak susun elok-elok” "Apabila ada orang baru kahwin, bento dia punya bekal lain macam," tulis pemilik akaun dengan nama Moss Rose di TikTok. Menerusi video berkenaan, lelaki dipanggil Ariil itu baru saja membuka bentonya dan dapat dilihat nasi didalam bekas yang dibawa dihias menjadi bentuk hati atau love. Nak malu apa, bini kita bekalkan... biarlah nasi rupa apa sekali pun, janji ikhlas sayang. NETIZEN Menyedari dia menjadi bahan usikan rakan sekerja, individu tersebut segera cuba menutup bekas makanannya. "Wah hebat dia punya bento... bahagia apabila dah berumah tangga yer," usik pemilik akaun itu lagi. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan selain memuji isterinya kerana pandai mengambil hati suami dengan menyediakan bento yang menarik. Komen netizen di TikTok. "Comel saja. Kita pula tersengih tengok dia. Tapi dapat pula member kaki bahan (menyakat). "Isteri dia comel, sweet la. Kawan-kawan yang ketawa tu jealous. "Nak malu apa saudara. Bini kita bekalkan. Biarlah nasi rupa apa sekali pun dia nak buat janji ikhlas sayang. Orang lain tak ada," komen beberapa netizen di TikTok. Untuk rekod, hingga kini video tersebut meraih lebih 900,000 jumlah tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI