REZEKI boleh hadir dalam pelbagai bentuk dan cara. Adakalanya ketika seseorang itu diselubungi kesulitan, hati orang di sekeliling mereka bagai dijentik oleh Allah untuk datang membantu. Begitulah apa yang diceritakan pemuda ini melalui satu video tular di laman TikTok tentang bagaimana hatinya tergerak untuk membeli di sebuah gerai yang didakwa telah disihir. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Raja Mohd Faizol, 28, ketika itu dia sedang menunggang motosikal bergegas ke pejabat kerana telah lewat tetapi sempat melihat sebuah gerai menjual sarapan pagi tanpa pelanggan. "Saya orang baharu dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang ni. Biasanya kalau saya pergi kerja akan bawa bekal makanan dari rumah. Tak pernah beli dekat luar. "Tapi ketika hari kejadian tu saya terbangun lewat dan tak sempat nak buat bekal. Jadi saya fikir nak cari makanan dekat kedai depan rumah saya ni saja. ARTIKEL BERKAITAN: Badan melekat di dinding, anak bongsu tak lupa kisah bapa disihir... Video doa tepi pusara menjelang konvokesyen undang air mata ARTIKEL BERKAITAN: Bapa derita terkena sihir cucuk mata ikan, 14 tahun jadi orang buta! Anak perempuan buka cerita gara-gara video pimpin ke masjid tular "Bila saya pergi tengok, sarapan semua dah habis, lagipun dah pukul 10 waktu tu. Tiba-tiba nampak satu kedai makcik ni semua makanan dia full lagi," katanya ketika dihubungi mStar. Dia yang mesra disapa Faizol berkata, apabila melihat jam sudah menunjukkan hampir tengah hari tetapi hidangan sarapan pagi di atas meja gerai itu masih banyak dia mula berasa janggal "Saya mula-mula dah terlajak ke depan terus patah balik bila nampak kedai tu ada makcik ni duduk seorang. Makanan pun banyak lagi. "Saya pergi tengok dan makcik tu dia jual nasi lemak. Saya tanya makanan ada lagi ke, dia cakap saya orang pertama yang datang beli kedai dia hari tu. Sihir pun kalah dengan penangan kuasa viral. Mohd Faizol "Terkejut betul saya, dah pukul 10 takkan saya baru orang pertama beli. Dia terus buka setiap bekas makanan dan nampak ada banyak lauk yang tak bersentuh lagi macam nasi goreng dan nasi lemak," katanya. Apa yang menarik perhatian Faizol apabila peniaga wanita berusia 50-an itu bertanyakan bagaimana dia boleh melihat kedainya. "Saya macam pelik, saya kata nampak je kedai makcik dari jauh. Dia kata biasa orang tak nampak kedai dia, lepas itu dia buka cerita. "Dia kata dia berniaga sebelum ni okay je dari awal pagi. Tapi lepas dah kena buatan orang, dia beritahu makanannya dah tak berapa laku. Walaupun gerai wanita itu kelihatan malap tetapi dia sangat bermurah hati dalam berniaga. "Dia cakap makanan jualan dia biasa memang tak habis dan akan derma dekat masjid. Saya rasa kesian dekat dia, kalau jadi macam itu sebagai peniaga mesti tak untung," ujarnya. Ketika wanita itu sedang membungkus juadah yang dipilih Faizol, dia sempat menceritakan hasratnya untuk mengumpul wang melalui perniagannya bagi menunaikan ibadah haji. Sambil berbual kosong bersama wanita berkenaan, minda Faizol ligat berfikir cara yang terbaik untuk membantu perniagaan wanita itu dan dia tahu dirinya tidak mampu melakukannya secara berseorangan. "Bantuan dari segi duit tu kalau saya seorang memang tak mampu la. Gerai dia dah disihir sampai orang tak nampak. Faizol terkejut melihat juadah sarapan masih banyak pada pukul 10 pagi. "Saya rasa Allah yang hantar saya untuk bantu makcik ni sebab saya boleh tergerak untuk beli dekat kedai dia. Mungkin amalan makcik tu yang menjadi asbab, waktu saya first datang tu pun dia tengah baca Al-Quran. "Kemudian saya terdetik yang sekarang ni zaman viral. Kalau kita beritahu orang lain tentang perniagaan makcik ni mesti boleh meletup. Jadi saya beritahu makcik tu saya nak buat video," katanya. Faizol berkata dia menggunakan platform TikTok untuk tujuan peribadi dan percaya kini ia boleh dimanfaatkan ke arah kebaikan. "Saya pun terus buat video rakam kedai makcik tu dan ceritakan kisah dia. Kemudian saya terus upload dekat akaun TikTok saya. Peniaga ini berterima kasih tidak terhingga kepada Faizol kerana memperkenalkan kedainya kepada orang ramai. "Kalau ada rezeki InsyaAllah kedai makcik ni nanti orang akan datang meramaikan," terangnya Keajaiban ternyata berlaku kepada Faizol dan wanita berkenaan apabila keesokan harinya orang ramai dari serata Lembah Klang berpusu-pusu menyerbu gerai tersebut. "Esok pagi saya pergi kedai makcik tu pukul 8 dah habis licin makanan yang dia jual. Memang cepat betul orang kita buat kerja. "Sihir pun kalah dengan penangan kuasa viral. Orang dari Kuala Lumpur semua datang beli semata-mata nak support kedai makcik ni. Berkat usaha Faizol dan kuasa 'viral', gerai wanita ini licin jualannya pada keesokan hari. "Saya cakap dekat makcik tu ini memang rezeki dia, dengan kuasa Allah. Tak sangka jadi terkenal dah kedai makcik tu. Terus berubah sepenuhnya," kata Faizol. Faizol berkata wanita itu juga sangat pemurah dari segi kuantiti makanannya dan tidak lokek untuk memberikan kuih tambahan secara percuma. "Saya doakan perniagaan makcik ini dipermudahkan dan terus maju jaya," katanya mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI