suria

Suami merana dapat isteri panas baran, pantang silap terus dimaki hamun... Sikit-sikit ugut suruh cerai! “Patut ke aku teruskan?”

Tiga bulan usia perkahwinan, si suami merana kerana isterinya seorang yang panas baran. Gambar hiasan

LAZIMNYA, majoriti individu mengaitkan sifat panas baran dengan kaum Adam.

Namun kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini menceritakan hal sebaliknya apabila dia bertemu jodoh dengan seorang wanita yang memiliki sifat sedemikian.

Dalam luahannya, lelaki yang tidak mendedahkan identiti itu berkata, dia tidak tahan dengan perangai baran isterinya sehinggakan perkahwinan yang dibina sejak tiga bulan lalu dirasakan seperti satu kesilapan.

"Aku kenal dia dah lama since zaman universiti, hampir tujuh hingga lapan tahun. Dia hati dia baik, cuma perangai baran dan cepat burst buat aku tak tahan. Dia cepat melenting dan tak boleh kena tegur, semua kena ikut caranya.

"Kalau tak ikut cara dan rentak dia nanti mulalah bergaduh. Aku ni pula tak ada la maksum, bukan 100 peratus sempurna, tapi aku cubalah sabar, lagi-lagi baru tiga bulan kahwin," kongsinya dalam satu luahan yang disiarkan di laman Twitter @twtmalaywedding.

Sepanjang usia perkahwinan, pasangan ini terpaksa menjalani hubungan jarak jauh kerana masing-masing mempunyai komitmen kerjaya di negeri yang berbeza.

baran 1

Pergaduhan antara pasangan berkenaan sering tercetus kerana sikap si isteri yang suka melenting. Gambar hiasan

"Lepas kahwin kami belum sewa rumah atau beli rumah lagi sebab keluarga dia ada bisnes dekat Selangor dan aku handle bisnes sendiri dekat Melaka.

"Sekarang dia tak bekerja, baru habis masters, dan ada la tolong sikit-sikit bisnes famili dia. Bermakna, punca pendapatan kami adalah daripada aku. Aku tak kisah sebab ia adalah tanggungjawab aku dan aku okay.

ARTIKEL BERKAITAN: “Abah cekik leher along!” - Adik saksi bapa panas baran, 6 beradik hilang rasa hormat... Masa sakit seorang pun tak jenguk

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu panas baran, bermusuh adik beradik... siapa sangka jejaka berubah selepas ke kubur, siap plan kejutan buat 2 adik - “Sebak pertama kali dipeluk”

"Tapi ini bukan pasal duit tapi pasal sikapnya yang baran dan cepat burst. Kau bayangkanlah, dia sangat mudah untuk keluarkan kata-kata maki dekat aku.

"Aku tak minta dia sembah cium kaki aku, tapi cukuplah cakap elok-elok dengan aku. Dan perkataan 'cerai', 'lepaskan aku', 'I regret marrying you' senang sangat keluar dari mulut dia.

"Aku speechless, apabila aku being unresponsive terhadap baran dia, dia hantar pula borang cerai dekat aku," luahnya.

Tambah lelaki tersebut, pernah terjadi satu peristiwa di mana dia dituduh dan dimaki wanita tersebut hanya kerana terpaksa pulang ke Melaka untuk menyiapkan urusan kerja.

Kau sebagai lelaki nasihat apa yang patut. Cerita pasal tujuan sebenar korang berkahwin. Explain baik-baik pasal adab suami isteri.

NETIZEN

"Masa aku baru sampai Melaka untuk buat job bisnes aku, dia demam dan keracunan makanan dekat rumah di Selangor, tapi aku memang tak dapat patah balik pada hari sama dan hari-hari seterusnya sebab aku kena settlekan kerja.

"Kalau aku tak buat kerja ni, mana nak datang income? Dah lah aku seorang yang kerja. Dia marah aku, maki-maki aku kata aku abaikan dia, padahal aku keep on checking up with her sister, parents in law, call dia, ambil tahu pasal dia.

"Dan aku dah minta maaf banyak kali dah sebab aku tak dapat balik. Tapi dia masih marah dan maki-maki aku," kongsinya.

Ujarnya, peristiwa tersebut benar-benar membuatkan dia buntu sehingga terfikir sama ada mahu meneruskan perkahwinan ataupun berpisah.

komen baran

Antara pandangan yang disuarakan netizen.

"Aku sedih isteri aku senang nak marah, maki hamun aku tapa rasa bersalah pun. Salah ke keputusan aku kahwin dengan dia? Patut ke aku teruskan perkahwinan ni?," soalnya meminta pandangan netizen.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 2,6700 ulang kicau.

Menyusuri komen netizen, rata-ratanya memuji sikap sabar lelaki tersebut namun menasihatkannya agar bertindak menegur sikap isteri demi kebaikan perkahwinan.

"Nasihat aku, communicate dulu. Kau sebagai lelaki nasihat apa yang patut. Cerita pasal tujuan sebenar korang berkahwin. Explain baik-baik pasal adab suami isteri.

"Bagitahu saja direct apa yang kau tak suka mahupun dia. Berbincang! Then bawa terus jumpa pakar kaunseling

"Ini ujian awal kahwin. Syaitan paling benci orang nikah. Jadi bersabarlah, Allah bersama orang sabar. Dalam tempoh setahun kalau tak ada perubahan, it's your call," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain