suria

[V] Lelaki nyaris maut cerita semula kisah nampak lori simen tergolek depan mata... “Terlalu laju, jatuh dan masuk ke laluan saya”

Shafiee nyaris maut selepas terlibat dalam kemalangan pada Isnin.

SYUKUR diberi peluang kedua untuk terus hidup.

Demikian kata Mohd Nor Shafiee Nor Azam, 36, penunggang motosikal yang nyaris dihempap sebuah lori simen dalam kejadian kemalangan di Jalan Alam Budiman, Shah Alam, Selangor, pada Isnin.

Ketika dihubungi mStar, bapa kepada dua cahaya mata itu sempat bercerita mengenai detik cemas yang dilalui dan menganggap ia sebagai kejadian yang sukar dilupakan dalam hidupnya.

"Saya nak pergi kerja dalam 9.30 pagi. Saya dari Setia Alam, menuju ke tempat kerja di Bangsar. Saya melalui Jalan Alam Budiman untuk keluar ke persimpangan Mokhtar Dahari.

"Ketika menuju susur keluar, ada lampu isyarat di simpang tiga. Sebelum sampai saya dah nampak lori simen dari arah bertentangan masuk ke laluan saya. Ia terlalu laju, jatuh dan masuk ke laluan saya.

"Saya dapat mengelak tapi ekor motor terkena lori. Sebab tu saya jatuh ke depan. Terseret dan tergolek, tapi bukan dengan lori," imbasnya kepada mStar.

Saya bersyukur sangat Allah beri peluang kedua, diberi umur panjang dan masih boleh hidup lagi.

MOHD NOR SHAFIEE NOR AZAM

Senang disapa Shafiee, dia yang mengalami kecederaan ringan terus dibawa ke sebuah klinik berdekatan sebelum mendapatkan pemeriksaan lanjut di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

"Ada orang datang bantu angkat saya. Selepas kejadian, saya terus ke klinik berdekatan. Saya hanya alami luka dan bengkak pada tangan, kaki dan belakang badan. Tiada apa yang patah, cuma kecederaan luar.

"Selepas itu saya juga pergi ke sebuah hospital untuk buat imbasan X-Ray. Motor juga dah dihantar ke bengkel. Motor saya rosak teruk tapi bukan total lost.

ARTIKEL BERKAITAN: Nyaris kemalangan gara-gara mabuk, hidup tak tenang tanpa hidayah Allah... Bekas kru kabin temui jawapan selepas peluk Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa rider saja faham mengapa pemuda ini menangis lepas kemalangan, bukan sakit tapi risau nampak cik tunang terbaring atas jalan

"Antaranya cover set patah, tayar meletup, ekzos juga tercalar," ujar pemilik motosikal Kawasaki Scrambler itu.

Pada hari sama, dia turut membuat laporan mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Mengulas video kejadian yang tular di media sosial, Shafiee berkata dia sendiri terkejut dengan rakaman itu yang seolah-olah menampakkan dia dihempap lori berkenaan.

lori2

Komen yang ditinggalkan isteri Shafiee menerusi Facebook.

"Lepas tengok balik video tu, saya bersyukur sangat Allah beri peluang kedua, diberi umur panjang dan masih boleh hidup lagi. Dalam video nampak kena hempap.

"Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan saya. Saya bersyukur, doa anda semua juga menjadi sumbangan untuk saya terus sihat," ujarnya yang bekerja dengan AwesomeTV.

Di laman Facebook, komen yang ditulis isteri Shafiee iaitu Noor Nazrah turut mencuri perhatian netizen.

"Allahuakhbar. Rider tu suami saya. Gigil satu badan baru tengok video ni. Allah Maha Baik suami saya selamat dan Allah lindungi.

lori4

Tangkap layar video tular kemalangan itu.

"Hargailah orang yang kita sayang, bukan semua orang dapat peluang kedua. Terima kasih pada suami yang keluar kerja hujan panas mencari rezeki untuk kita.

"Selalu terlepas pandang benda macam ni. Alhamdulillah ala kulli hal. Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan," tulis Noor Nazrah di ruangan komen Facebook.

Terdahulu, tular rakaman dashcam sebuah kereta yang menunjukkan Shafiee sedang menunggang motosikal sebelum sebuah lori simen masuk ke laluan bertentangan.

Video yang turut dikongsi ke laman Instagram mStar itu dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya terkejut dan gerun dengan kejadian berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain