KLAUSTROFOBIK adalah istilah khusus untuk mereka yang takut akan ruang sempit. Namun begitu, semua orang boleh menjadi mangsa klaustrofobik jika terperangkap di dalam tempat tertutup tanpa jalan keluar. Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia terkurung di dalam sebuah lif di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam satu video yang tular di TikTok, wanita dikenali sebagai Farah sempat merakam detik mencemaskan ketika dia bersama dua lagi individu terperangkap di dalam lif. Bercakap kepada mStar, Farah berkata tujuan dia ke HKL adalah untuk melawat ibu saudaranya yang merupakan pesakit kanser. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa flat gigih usung motor naik tingkat 9 ‘park’ depan rumah, sekali lif rosak berpeluh nak bawa turun ARTIKEL BERKAITAN: Ngerinya! Pintu belum tutup lif dah bergerak dulu... sudahnya kaki uncle tersepit, tergantung antara 2 aras "Wad ibu saudara saya tu dekat tingkat 3. Waktu saya sampai dekat lobi, saya nampak ada satu lif je untuk naik atas. "Dan waktu nak naik lif tu tak ada langsung sign dekat depan yang mengatakan lif tu out of service. Saya pun ada nampak staff HKL keluar dari lif jadi maksudnya lif tu berfungsi. "Dan saudara saya yang ikut sekali pun sempat tanya guard depan sama ada ia boleh digunakan atau tidak, dia cakap okay," kata Farah tidak mengesyaki sebarang perkara mencurigakan mengenai lif tersebut. Ada terlintas dekat fikiran yang mungkin hari ni saya akan kehilangan nyawa. Farah Walau bagaimanapun, babak seterusnya hampir membuatkan jantung Farah luruh! "Apabila saya tekan butang tingkat 3, semua macam biasa saja. "Tiba-tiba keseluruhan lif tu bergegar. Dia macam jatuh ke bawah. Lepas itu dia tak bergerak dah. Saudara Farah cuba menghubungi suaminya. "Kami jadi panik namun cuba untuk bertenang. "Saya tekan butang loceng yang ada dekat situ, bunyi kring kring tapi tak ada apa-apa berlaku lepas tu," katanya menceritakan semula kejadian itu. Lebih menambah resah apabila isyarat rangkaian telefon juga bermasalah. "Saya nak call suami tapi tak dapat-dapat. Tapi nasib baik phone saudara saya boleh lepas nak call. Seorang lelaki seperti hampir 'lemas' ketika terperangkap di dalam lif. "Saya terus call suami saya dan dia bergegas datang. Waktu tu saya dah pasrah jika berlaku apa-apa. "Ada terlintas dekat fikiran yang mungkin hari ni saya akan kehilangan nyawa. Macam-macam benda fikir ketika berada dalam lif tu," ujar Farah. Keadaan yang berkuap dan ruang yang tertutup menyebabkan aliran udara terbatas sehingga menyesakkan nafas. "Kami tersekat dalam lif dari pukul 5:30 petang sampai hampir pukul 7 malam. Satu jam setengah juga kami duduk dalam tu. Keadaan di luar lif ketika orang ramai menunggu ketibaan pihak bomba. "Seorang pakcik yang turut sama dalam lif tu dah tak tahan panas, dia keluarkan handkerchief untuk kipaskan badan dia. "Tak lama lepas tu dia pengsan, mungkin sebab dah tak tahan sangat. Sedih sangat, kami hanya mampu tunggu je tak boleh buat apa. "Tapi lepas tu pakcik tu bangun balik dan badan dia memang dah berpeluh," kata Farah. Pihak bomba memulakan operasi menyelamat mangsa terperangkap di dalam lif. Tambah Farah, dia bersyukur apabila mereka akhirnya berjaya diselamatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). "Mereka selamatkan kami melalui bahagian atas lif. Mereka buka siling lif tu dan ada seorang pegawai bomba yang masuk ke dalam. "Dia tolong umpil dulu sedikit pintu lif tu nak bagi udara masuk. Lega kami, baru boleh bernafas. "Lepas tu mereka cuba buka pintu lif nak bagi kami keluar. Laju mereka buat kerja. Akhirnya kami diselamatkan," kata Farah penuh kesyukuran. Perkara pertama yang dicari Farah selepas diselamatkan adalah air mineral. Ujar Farah, hingga kini kejadian tersebut meninggalkan trauma dalam dirinya. "Ya Allah takut sangat apabila fikir balik. Harap sangat semua premis boleh maintain betul-betul lif mereka. "Trauma sangat rasa. Lepas ni kalau nak masuk lif memang rasa seram," katanya mengakhiri bicara. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI