suria

Anak sakit jantung, ibu di ofis tak senang duduk was-was dengan pengasuh! ‘Sayang’ nak resign tak dapat kumpul duit

Seorang ibu keliru untuk membuat keputusan antara kerjaya dan anak.

BUNTU!

Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan situasi seorang ibu berkerjaya dalam membuat satu sebuah keputusan besar dalam hidupnya.

Katanya dia terpaksa berhenti kerja jika memilih untuk membesarkan anaknya yang sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

Ciapan asal di Twitter.

Bagaimanapun sebagai seorang ibu muda, keputusan ini sekali gus akan mengorbankan masa mudanya serta menyebabkan dia berterusan menanggung bebanan hutang pendidikan.

Begitulah luahan seorang pelayar di Twitter melalui DM (direct message) lalu dikongsikan semula oleh @TwtMalayWedding dalam satu ciapan.

“Tak tahu nak luah dekat siapa. Saya baru saja start kerja bulan ni setelah hampir dua tahun lebih resign sebab kahwin dan pregnant.

“Suami saya okay cuma dia prefer saya kerja bila anak kami dah besar sikit. Reason saya nak kerja sebab saya rasa macam sayang sangat usia muda tak cari duit dan saya pun still ada hutang belajar dulu.

“Saya ada anak umur satu tahun. Saya dalam dilema sangat antara nak resign kerja sekarang atau jaga anak dekat rumah,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak mau menyesal” - Berhenti kerja di KL, balik kampung demi jaga ibu lumpuh... anak yakin pasti ada ganjaran

ARTIKEL BERKAITAN: Dari dunia korporat ke tepi jalan! Tak sanggup burnout di ofis, wanita bahagia jual kopi selepas berhenti kerja - “Memang orang pandang rendah”

Lebih parah apabila anaknya yang masih kecil ini mengalami sakit jantung.

Keadaan anaknya yang tidak boleh berada dalam situasi terlalu penat membuatkan wanita ini tidak yakin untuk menghantarnya ke pusat asuhan.

“Fyi (for your information), anak saya ada complication jantung, jadi susah sebenarnya nak cari pengasuh yang betul-betul boleh alert dengan condition dia yang tak boleh terlalu penat.

“Dekat rumah pernah juga jadi macam tu tapi kita sebagai ibu kita tahu apa nak buat.

“Tapi bila dengan pengasuh saya kadang was-was takut dia terleka ke apa,” katanya lagi.

Kerja boleh cari lagi, rezeki boleh datang lagi, anak yang pergi tak ada ganti.

NETIZEN

Kebimbangannya bertambah apabila mengetahui tentang ‘insiden’ yang berlaku terhadap anaknya sewaktu di bawah jagaan pengasuh.

“Baru-baru ni pengasuh bagitahu anak saya pucat biru-biru dekat rumah dia.

“Saya tak senang duduk dekat office. Takut jadi apa-apa dekat dia.

“Saya sebenarnya tak kisah nak resign cuma nak keyakinan je dalam apa jua keputusan yang saya pilih untuk anak,” luahnya.

Perkongsiannya menjadi tular sehingga meraih pelbagai reaksi warga maya.

Rata-rata meminta agar wanita ini memilih untuk menjaga anaknya berbanding kerjaya jika suaminya mampu menanggung kos menyara keluarga.

Komen netizen di Twitter.

“Kerja boleh cari lagi, rezeki boleh datang lagi, anak yang pergi tak ada ganti. Dekat sini dah ada jawapan kan? Anak priority awak sekarang, kerja bukan lagi priority dalam hidup awak.

“Kalau anda situasi macam ni resign sajalah. Anak ada masalah jantung lepas tu baby blue, tak cukup oxygen kena operate, anak jadi delay sebab tak cukup oxygen,” komen netizen di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain