MEDIA sosial meriah dengan foto jari telunjuk yang dicelup dakwat, simbolik kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan hari ini. Di aplikasi TikTok, seorang pemuda mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik video memaparkan jari kakinya seperti dicelup dakwat rona ungu gelap itu. Video berkenaan meraih lebih setengah juta tontonan selepas dikongsi ke TikTok, malah ramai netizen yang tertanya-tanya mengenai punca kejadian itu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Abang sepak botol dakwat ke? "Abang pangkah kertas undi pakai kaki ke? "Ni kalau tak menang juga tak tahu la bang. Sampai guna kaki dah ni. Ketika di sana, ada anggota polis datang tangkap gambar kaki saya. IMAN NUR HAKIM IBRAHIM "Ya Allah, agaknya masa nak celup dakwat tu dia tunjuk jari kaki dekat petugas. "Kalau marah pun janganlah sepak petugas celup jari tu," tulis beberapa netizen berseloroh. Menurut pemilik video, Iman Nur Hakim Ibrahim, tanggapan bahawa dakwat di pusat pengundian tumpah di kakinya adalah tidak benar sama-sekali, sebaliknya ia dibuat sendiri menggunakan dakwat pen di rumahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Pilihan raya DUN Tioman pada 7 Disember ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Respect kat pengundi Baram, pemimpin kena buka mata ye!” - Netizen kagum orang Sarawak tetap semangat mengundi dalam banjir "Dakwat di kaki saya buat menggunakan pen biru. Saya buang dakwatnya dan letak di kaki. Saya cuma nak perli kawan-kawan yang post gambar jari selepas mengundi pagi tadi. "Saya buat ketika berada di rumah. Dalam pukul 2 petang baru saya keluar pergi mengundi. Ketika di sana, ada anggota polis datang tangkap gambar kaki saya, dia gelak je tengok dakwat di kaki. "Dakwat di kaki masih belum hilang lagi. Nanti kejap lagi saya akan sental dengan sabun," ujarnya berseloroh ketika dihubungi mStar. Menurut anggota bomba berusia 20 tahun yang mengundi di Rumah Rakyat Pengkalan Durian, Port Dickson, Negeri Sembilan itu, dia juga terkejut apabila video berkenaan tular di aplikasi TikTok dalam masa yang singkat. Kata Iman, dia sedikit gementar apabila pertama kali mengundi hari ini. "Saya tak jangka ia akan blow up. Tapi ramai netizen yang terhibur. Mereka tanya macam mana dakwat boleh ada di kaki? Rata-ratanya komen buat lawak mengenai hal itu. Mereka kata saya bersemangat sampai ada dakwat di kaki. "Saya pun terhibur baca semua komen. Ini merupakan kali pertama saya mengundi. Kali pertama ni, rasa agak cemas juga. Takut berlaku kesilapan masa mengundi. "Harapan saya supaya pemimpin yang dipilih dapat menambah baik ekonomi kita, supaya tak tertinggal jauh dengan negara lain," ujar anak sulung daripada empat beradik itu. Untuk rekod, PRU15 bermula pada 8 pagi hari ini, melibatkan 20,853,681 pengundi di 8,958 pusat mengundi dan 38,348 saluran. Pengundi boleh keluar membuang undi mengikut kelapangan masa dari pukul 8 pagi hingga 6 petang bagi semenanjung dan 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI