suria

Sakit hati rumah jadi ‘port’ kucing berak, siap kencing merata... Pemuda makin stres jiran pura-pura tak mengaku bela si bulus!

Foto najis kucing yang dikongsi pengadu.

DIKURNIAKAN jiran yang baik merupakan satu rezeki, namun kadang-kala ada juga yang boleh menimbulkan rasa benci.

Di Facebook, seorang individu membuat luahan mengenai sikap lepas tangan jirannya terhadap kucing peliharaan mereka sehingga menganggu ketenteraman dia sekeluarga.

Menurut pemuda itu, dia terpaksa menahan sabar apabila saban hari berdepan bau busuk akibat lambakan najis kucing di sekitar kediamannya.

“Dikurniakan jiran-jiran yang mencintai kucing. Malangnya tidak menghormati jiran tetangga.

(Dreamstime/TNS)

Kata pengadu, dia tiada masalah dengan kucing namun mula sakit hati apabila masalah berkenaan tak berkesudahan. Foto: Dreamstime.

“Kucing nak datang main silakan aku boleh layan. Tapi kalau dah kencing berak kat rumah aku. Macam mana aku nak layan.

“Penat aku nak kena cuci kencing berak kucing jiran,” luahnya menerusi halaman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Lebih malang kata pemuda itu, jiran-jirannya tidak pernah mengaku apabila ditanya mengenai najis tersebut, sekali gus membuatkan dia semakin geram.

“Apabila aku tanya, mulalah cakap bukan kucing dia. Kucing siapa tak tahu muncul dari mana tak tahu.

Bila dah besar dia tak nak jaga. Dia biar. Time kecil je dia letak dalam rumah.

PENGADU

“Stres sebab jiwa nak santai-santai kat rumah tapi kena hadap bau kencing dan bau tahi kucing,” ujarnya lagi.

Tambah pemuda itu, keretanya juga berbau hancing gara-gara dikencing oleh salah seekor kucing milik jirannya.

Bukan sekali, bukan dua kali bahkan dia mendakwa masalah itu sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu.

“Sebelum ini kucing lama dia kencing kat cermin kereta aku. Lepas tu meleleh lalu kat air vent (lubang udara). Masuk kereta pasang pendingin hawa, Ya Allah bau hancing,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu takut, kini hidup dengan kucing! Wanita ini reda 3 virus ragut nyawa si bulus kesayangan, cuma terkilan parcel untuknya lewat tiba

ARTIKEL BERKAITAN: Dah habis bateri ke? Kucing sopan, kaku depan kamera buat ramai terpegun... tuannya kongsi rahsia jinakkan si bulus

“Memang kucing dia. Dah tiga tahun benda ni berlaku. Kucing bertukar-tukar. Yang kucing lama dia dah mati atau kena buang dengan jiran yang lain.

“Nanti dia bela lain pula. Apabila dah besar dia tak nak jaga. Dia biar. Time kecil je dia letak dalam rumah,” jelasnya panjang lebar.

Dia turut berkongsi foto memaparkan rumput hiasan di kediamannya yang dicemari dengan longgokan najis kucing, dipercayai milik jirannya.

Posting itu menerima lebih 1,400 tanda suka (likes) dan turut dihujani pelbagai komen pengguna Facebook.

Fatin Irinah Noh's cat, Blanket.

Luahan hati pengadu meraih perhatian ramai warga Facebook. Foto: System/Others.

Selain memberi saranan kepadanya dalam menyelesaikan kemelut itu, ada dalam kalangan netizen turut menyelar sikap pemilik kucing yang dianggap tidak bertanggungjawab.

“Percayalah apabila sekali dia dan kencing dan berak dia dah tanda tempat tu dia akan terus buat sebab bau dia melekat kat situ. Aku dah puas kena macam ni jiran jenis pencinta kucing tapi yang bernajisnya rumah kita.

“Kes macam ni cekup tahi dia letak depan rumah owner. Kalau tak masuk kepala otak juga memang owner dia gila.

“Moga tuan kucing tersebut dipersoalkan di akhirat kerana tidak menjaga keharmonian untuk tetangganya,” tulis beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain