suria

[V] Nampak pakcik tua kutip pelitup muka terbuang dalam belukar, abang tentera tak duduk diam... Cepat-cepat hulur yang baharu

Lelaki ini memerlukan pelitup muka dengan kadar segera untuk urusan di bank.

KEBAIKAN yang dilakukan walaupun sekecil zarah boleh meringankan beban orang sekelililing.

Begitu juga amal jariah, ia bukan diukur berdasarkan nilai wang ringgit atau jumlah harta yang dibelanjakan, sebaliknya kepada keikhlasan di hati.

Menerusi TikTok, rakaman seorang lelaki memberikan pelitup muka (face mask) kepada individu lain yang tidak dikenali menyentuh hati netizen.

Bercakap kepada mStar, Nasrul Tajuddin, 30, berkata situasi pada 14 November lalu itu dirakam isterinya ketika dia mahu memasuki kereta selepas memberi barang di kedai berhampiran.

"Saya dan isteri adalah pengundi awal pada PRU15 baru-baru ini. Balik daripada mengundi kami singgah di satu tempat berdekatan kedai cat.

"Pada ketika itu kami nampak pakcik tu. Lain macam kami tengok dia. Nampak macam dia tengah kutip something dekat dalam belukar.

"Rupa-rupanya dia tengah ambil mask. Dia ambil mask yang dah kotor atas tanah tu dan bersihkan dengan tangan untuk dipakai semula," cerita Nasrul yang merupakan seorang pegawai tentera ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Demam sikit pun nangis, adik manja buat keputusan besar derma organ untuk kakak! Kini boleh terus travel bersama

ARTIKEL BERKAITAN: Tahu kekasih sakit buah pinggang kronik, pemuda ini nak juga jadikan isteri! Lepas kahwin kena ‘bersaing’ dengan bapa mentua demi derma ginjal

Nasrul yang melihat kejadian itu terus tergerak hati untuk memanggil lelaki tersebut dan memberikan pelitup muka baharu.

"Dalam kereta saya memang ada spare pelitup muka pun. Saya terus panggil dia dan bagi dekat dia.

"Nampak dia tengah kelam-kabut nak kejar something. Dia terus ambil mask tu dan cakap terima kasih. Memang nampak dia macam memerlukan.

Nasrul pada mulanya memerhatikan dari jauh kelakuan seorang lelaki yang sedang mencari pelitup muka di dalam belukar.

"Rupanya dia nak pergi bank. Kebetulan bank tengah ramai orang sebab waktu tu tengah hari dan diwajibkan pakai mask kalau nak masuk," katanya.

Nasrul berkata niatnya hanya untuk membantu dan gembira dapat melakukan kebaikan walaupun kecil.

Selain itu, Nasrul menegaskan dia tidak ada hasrat untuk meraih populariti melalui videonya yang tular di TikTok dengan 2.1 juta tontonan.

"Kami pun tak sangka video tu viral. Sebab yang record tu isteri saya. Akaun TikTok tu pun kami share berdua.

Sedih tengok pakcik ni berlari datang nak ambil mask, mesti dia perlukan sangat masa ni.

NETIZEN

"Untuk share content secara santai sahaja. Tiba-tiba boleh 'meletup' pula video tu," terang Nasrul.

Video yang dimuat naik di akaun TikTok @nasrul_nana itu menunjukkan isterinya berbangga dengan keprihatinan yang ditonjolkan si suami.

"Proud of my husband," tulis isterinya dalam video itu.

Nasrul mengakui berasa gembira kerana video itu dapat memasuki for your page (FYP) di TikTok.

Lelaki ini berterima kasih kepada Nasrul kerana memberikan pelitup muka kepadanya.

"Gembira itu memang gembira la. Kita buat video pun tak minta apa-apa tapi kalau dah viral Alhamdulillah.

"Komen pun semua yang baik-baik saja.

"Ada juga yang tanya location dekat mana nak pergi tolong sebab pakcik tu pun nampak macam orang susah.

"Saya cakap dekat Gerik, Perak. Mereka kata jauh pula nak datang. Mungkin dengan berkat video ni, pakcik tu boleh ditolong," kata Nasrul.

Antara komen warga maya.

Nasrul juga berpegang kepada prinsip jika menemui orang yang dalam kesulitan, ringankan tangan untuk membantu, nescaya dunia ini akan menjadi lebih baik.

Melewati ruangan komen, ramai warga maya yang bersimpati dengan nasib lelaki tersebut.

"Sedih tengok pakcik ni berlari datang nak ambil mask, mesti dia perlukan sangat masa ni.

"Nak nangis, terbayang ayah sendiri kalau tak ada mask nak masuk mana-mana macam mana.

"Tahniah dan terima kasih sebab tolong pakcik ni," kata sebahagian netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain