suria

Dua tahun bela suami OKU ‘biawak hidup’, isteri mula hilang sabar... Boleh kerja urut refleksologi tapi malas, siap buat hutang!

Seorang lelaki cacat penglihatan berkahwin dengan wanita memiliki seorang anak.

ATAS nama cinta dan rasa bertanggungjawab, seorang ibu tunggal akhirnya mengambil keputusan untuk berkongsi hidup dengan lelaki istimewa.

Namun kisah bahagia mereka hanya seketika apabila mahligai dibina bersama lelaki orang kelainan upaya (OKU) itu mula mendatangkan masalah dek kerana sikap si suami yang dikatakan pemalas.

Jelas wanita ini, tidak cukup dengan sikap suaminya yang ‘liat’ mencari rezeki ini, malah menyusahkan wanita ini dengan bebanan hutang.

Medical massage at the foot in a physiotherapy center. Female physiotherapist inspecting her patient.

Suami wanita itu dikatakan mempunyai kemahiran urut refleksologi. -Gambar hiasan/Freepik.com

“Saya single mother ada anak seorang berkahwin dengan lelaki bujang OKU penglihatan.

“Masa awal berkahwin diuji PKP (perintah kawalan pergerakan) jadi dia tak boleh bekerja lebih kurang setahun (bekerja sebagai tukang urut refleksologi).

“Sekarang ni masalah saya apabila dah kerja, suami buat hutang macam-macam. Lepas tu malas kerja asyik terbaring dekat rumah dengan alasan penat. Tapi (waktu) malam keluar lepak dengan kawan (orang normal sihat),” katanya.

Selain mengabaikan tugasan sebagai ketua keluarga, wanita ini terpaksa bekerja mencari rezeki demi membantu suaminya yang culas melaksanakan tanggung jawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekelip mata jadi OKU, pemuda tak keluar bilik 2 tahun akibat kemurungan sebelum bangkit demi ibu... kini dah kerja bank, ada isteri!

ARTIKEL BERKAITAN: Teringin nak tengok diri sempurna, peniaga takoyaki OKU minta netizen tolong edit gambar - “Dulu saya diejek alien”

Malang bertimpa-timpa apabila dia dikatakan hampir kehilangan nyawa ketika keluar mencari rezeki dengan menghantar pesanan ditempah oleh pelanggan sambil membawa anak kecil mereka.

Lebih terkilan apabila si suami tidak mengendahkan atau berasa bimbang setelah mengetahui mengenai insiden yang hampir meragut nyawa isteri dan anak tirinya itu.

“Apabila nak bayar sewa rumah saya kena tambah. Kadang-kadang dia minta duit makan.

“Saya ni sampai kemalangan orang langgar sebab pergi kerja buat COD (cash on delivery) cari income tambahan sampai hampir tergadai nyawa.

Asian woman from delivery service in purple t-shirt, portrait of delivery man holds cardboard box package standing with customer in front of door at home. home delivery shopping concept.

Wanita itu turut bekerja sebagai penghantar barang bagi menambah pendapatan keluarga. -Gambar hiasan/Freepik.com

“Tapi dia langsung tak tanya keadaan saya dan anak ketika itu,” ujarnya yang sedih dengan sikap suami.

Tambah wanita itu lagi, ikhtiarnya untuk mengajak si suami menghadiri kaunseling rumah tangga bagi menyelesaikan masalah antara mereka juga menjadi sia-sia.

Lebih malang apabila aduannya kepada keluarga si suami juga tidak berhasil apabila mereka didakwa bersikap lepas tangan.

“Sekarang ni saya dah bawa dia pergi kaunseling di pejabat agama tapi tetap perangai sama, apa perlu saya buat?

Kemas baju dia hantar dekat mak bapa dia... tak padan sangat ni jenis biawak hidup.

NETIZEN

“Keluarga dia pula... selepas kami berkahwin memang ‘lepas tangan’ seolah-olah saya kena tanggung anak mereka.

“Memang tak membantu, hanya suruh saya sabar, sabar dan sabar. Kini dah dua tahun usia perkahwinan kami,” katanya lagi.

Kisah itu dikongsikan wanita tersebut menerusi Grup Kisah Rumah Tangga di Facebook hingga meraih perhatian warga maya.

Pada ruangan komen, pelbagai respons dan pendapat diberikan netizen atas dasar simpati mereka mengenangkan nasib wanita ini.

Antara pendapat netizen di ruangan komen.

“Sebelum kahwin pastikan calon suami tu benar-benar layak untuk dibuat suami dan tak membebankan isteri. Lagi-lagi dia OKU penglihatan dan malas.

“Hantar balik rumah mak bapa dia... nak tanggung apa biawak hidup. Tu mak bapa dia lepaskan dekat sis sebab dah tahu anaknya pemalas. Harap sis dapat bezakan antara kasih sayang dan kecerdikan akal.

Let go saja sis. OKU bukan alasan untuk dia senang-lenang.

“Kemas baju dia hantar dekat mak bapa dia. Tak padan sangat ni jenis biawak hidup,” ujar netizen.

Untuk rekod, hantaran tersebut mendapat lebih 1,000 tanda suka dan dikongsikan semula oleh netizen di Facebook.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain