SETIAP apa yang kita lalui dalam kehidupan harian adalah memori yang sedang ditulis. Putaran masa tidak dapat dihentikan dan segalanya hanya akan disemat dalam ingatan sebagai kenangan. Dalam satu video tular di TikTok, dapat dilihat seorang wanita melipat tikar yang dipercayai menjadi saksi kepada persahabatan dia dan rakan-rakannya di asrama sebuah pusat pengajian tinggi. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Difahamkan lipatan tikar itu menjadi simbolik kepada berakhirnya zaman belajar dan kini mereka akan membawa diri ke haluan hidup pilihan masing-masing. Pada ruangan kapsyen video itu, wanita tersebut menulis bahawa memori yang tercipta sesungguhnya tidak ternilai jika hendak dibandingkan dengan harga sebuah tikar. "Tikar murah sepuluh ringgit with expensive memory," tulisnya dengan emoji hati. ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut disergah waktu Maghrib, ramai pecah perut tengok pelajar capai hanger nak balun member... dahlah penakut, boleh pula segan muka tak ‘glow-up’ ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 bulan 'terkurung', ingatkan memang tak boleh balik... mesej di telefon bikin riuh, lagu Balik Kampung bergema di kolej matrikulasi - “Terus forward kepada ibu bapa” Video berdurasi 30 saat itu dimulakan dengan ayat yang menyatakan tikar tersebut mempunyai nilai sentimental kepada pemilik video itu. "Korang tak perlu risau, ini kan tikar je," tulisnya dalam nada sarkastik. Bekas Sambal Nyet Berapi juga pernah berdiri di atas tikar nostalgia ini. Babak seterusnya menyusul dengan kompilasi gambar makanan yang pernah menghiasi tikar itu. Beraneka jenis hidangan yang meliurkan dapat dilihat di dalam video itu seperti nasi kerabu, nasi kukus, nasi tomato dan piza. Tidak dilupakan juga mi segera yang sinonim dengan kehidupan seorang pelajar di kala keadaan kewangan yang sempit. Sambal Nyet Berapi Khairul Aming juga sempat membuat kemunculan di dalam video itu. Kurma yang menjadi sebahagian dari memori bersama tikar ini. Perkara yang menyentuh hati adalah apabila dalam setiap gambar itu, tikar tersebut setia menjadi pelapik kepada makanan yang dibeli. Video penuh sentimental itu berakhir dengan wanita itu sedang berbaris bersama rakan-rakannya untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Menyusuri ruangan komen, rata-rata warga maya juga berkongsi rasa rindu mengimbau masa lalu ketika diri masih bergelar seorang pelajar. Gambar pemilik video bersama rakan-rakannya. "Ye, tikar bukti kita makan banyak time duduk kolej. "I feel you sis. Tikar 1001 kenangan. Rindunya rakan universiti saya. "Rindunya rumah sewa dulu," kata sebahagian warga maya. Lebih menarik perkongsian berkenaan turut mencuri tumpuan pemilik Sambal Nyet yang juga personaliti masakan Khairul Aming. "Terkejut aku tengok ada sambal nyet," tulisnya di ruangan komen. Pemilik video juga sempat membuat komen balas dengan mengatakan dia tidak mahu masanya sebagai seorang penuntut di universiti berakhir. "Nak stay je sampai bila-bila sebab mereka yang lengkapkan kehidupan degree saya," tulisnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI