suria

[V] Anak hiba balik asrama, walau nangis tak putus beri bermacam nasihat untuk ibunya - “Tak sampai 15 minit dia call tanya ibu sihat?”

Cheq Bunga tersentuh melihat reaksi anaknya apabila dihantar pulang ke asrama.

RAKAMAN menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak ketika dihantar ke asrama meraih perhatian ramai.

Sebagai seorang anak, dia tidak putus-putus menitipkan pesanan kepada ibunya yang akan pulang ke rumah.

"Bawa kereta (pulang ke rumah) hati-hati. Ibu bawa kereta doakan abang ya... sayangkan abang tahu. Nanti bila-bila petang abang call tau.

"Ibu jangan tak angkat (panggilan). Nanti kalau hujan abang tak call ya. Bawa kereta hati-hati. Doakan abang tau masa bawa kereta. Abang pun doakan ibu. Jaga diri," katanya dalam video tersebut.

Menurut ibunya, Nor Rasidah Rabion atau lebih mesra disapa Cheq Bunga, video menunjukkan Syamil Hakimi sedang bersedih ini dirakam sewaktu menghantar anaknya di sebuah madrasah di Pontian, Johor.

Jelas Cheq Bunga, reaksi anaknya yang berusia sembilan tahun meninggalkan pesanan demi pesanan itu ternyata menyentuh hatinya sebagai seorang ibu.

"Saya post video tu sebagai kenangan saja sebab saya sendiri pun sayu mendengarnya kata-katanya selepas hantar dia dekat asrama.

"Saya tak sangka dia akan respons macam tu. Walaupun macam-macam spekulasi keluar apabila video anak saya menangis tular, tapi saya cuma ambil yang positif saja," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa paling gembira anak dapat masuk MRSM siap buat kenduri, akhirnya menangis kecewa tak dapat hantar akibat kemalangan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kakak nak balik... cakap bye” - Homesick dari Form 1 tapi tak pernah menangis, pelajar nak balik asrama akhirnya ‘tewas’ dengan kucing

Menurut cerita Cheq Bunga, Syamil yang merupakan anak sulung sememangnya seorang yang lembut hati sejak kecil.

Sudah menjadi kebiasaan untuk dia membuat panggilan hampir setiap hari menggunakan telefon awam yang disediakan di sekolah tersebut.

"Dulu Syamil berulang-alik dari rumah ke madrasah tapi baru-baru ni dia buat keputusan nak tinggal dekat asrama jadi kami bersetuju.

Memang anak syurga ni. Alhamdulillah sejuk perut ibu dia.

NETIZEN

"Macam dalam video tu dia memang akan menangis setiap kali hantar balik asrama tapi saya bersyukur apabila dengar kata-kata dia yang tak putus-putus beri pesanan dan mendoakan saya.

"Selalunya lepas hantar ke asrama, tak sampai 15 minit dia dah call saya tanya ibu sihat ke? Dah makan? Padahal baru saja lagi berjumpa tadi (masa tu)," ujar ibunya.

Video dikongsikan Cheq Bunga ini meraih hampir 600,000 jumlah tontonan setelah dimuat naik di TikTok.

"Mesti dia anak yang baik kan sayang dekat ibu.

"Dia anak soleh... dia pula pesan dekat ibu bukan ibu pesan dekat dia. Memang anak syurga ni. Alhamdulillah sejuk perut ibu dia.

Syamil merupakan anak sulung daripada dua adik beradik.

"Dalam sebak macam tu pun dia masih boleh beri pesanan macam-macam pada ibu. Ikhlas betul anak ni," demikian antara komen netizen.

Pelbagai respons diterima Cheq Bunga susulan video dikongsikan sehingga ada golongan ibu yang mengharapkan mereka mempunyai anak seperti Syamil.

Dalam pada itu Cheq Bunga turut menitipkan pesanan kepada netizen di luar sana.

"Bagi saya, didikan itu datangnya dari rumah kita sendiri. Adab dan akhlak itu yang perlu diterapkan dalam diri anak-anak kita.

Cheq Bunga dan Syamil.

"Dulu setiap kali saya nampak ada budak-budak yang kelakuan dia baik, saya akan tanya macam mana mereka ajar dan selalunya mereka share macam-macam tip. Mereka selalu berdoa pada Allah supaya dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

"Di kesempatan ini saya juga nak menerangkan bahawa tak semua ibu bapa hantar anak mereka ke sekolah agama jenis tahfiz itu disebabkan anak mereka nakal. Ada ibu bapa yang hantar sebab mahukan anak mereka menjadi lebih baik," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain