suria

[V] Saat akhir dipanggil bertugas pada PRU15, wanita ini tunjuk ‘skill’ cakap Mandarin sampai pengundi, rakan setugas terkejut

Wanita ini bertutur menggunakan bahasa Mandarin dengan pengundi Cina.

SEPERTI ayam dengan itik!

Batasan bahasa ada kalanya boleh menjadi penghalang kepada komunikasi dua hala yang efisen.

Namun tidak bagi wanita ini yang fasih berbahasa Mandarin dan menggunakan kelebihannya itu ketika bertugas sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Melalui satu video tular di laman TikTok, Syazwani Shah Liew, 31, atau lebih senang disapa sebagai Wani dlilihat berkomunikasi dalam bahasa Mandarin bersama seorang warga emas berbangsa Cina.

"Saya bertugas di pusat mengundi SS3, Petaling Jaya. Dekat kawasan situ majoriti memang Chinese.

"Kebetulan saya ada kelebihan untuk bercakap dalam bahasa Mandarin, jadi saya gunakan untuk memudahkan urusan especially dengan warga emas.

"Saya bercakap dalam bahasa Mandarin supaya mereka lebih cepat faham," kata Wani ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit B40 juga kau nak songlap” - Niat nak belajar bahasa Mandarin tapi kena scam, iklan murah RM50 sebulan hanya janji palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini sedih masih ada golongan tolak ilmu, belajar dan mengajar Mandarin dikatakan ‘agungkan bahasa bangsa lain‘

Wani menegaskan bahawa penduduk berbangsa Cina di situ boleh memahami bahasa Melayu tetapi mesej akan lebih mudah disampaikan jika menggunakan bahasa yang sering mereka gunakan.

"Bukan mereka tak faham bahasa Melayu, mereka faham je, cuma bila kita guna bahasa Mandarin ni mereka akan dapat tangkap lebih cepat," katanya.

Ketika ditanyakan apakah reaksi pengundi-pengundi Cina apabila menyedari kemahirannya itu, Wani berkata mereka teruja.

"Nampak mereka terkejut dan happy bila saya guna bahasa Mandarin sebab kita ada effort nak cakap dalam bahasa mereka," ujarnya.

Saya mengaku la bila ada extra language ni saya senang dapat kerja.

SYAZWANI SHAH

Wanita yang bekerja sebagai pengurus jualan di sebuah syarikat logistik ini berkata dia sememangnya minat untuk berkomunikasi dalam Mandarin.

"Dekat tempat kerja saya pun majoriti memang Chinese juga jadi saya dah selesa untuk bercakap dalam bahasa Mandarin.

"Waktu kerja SPR tu saya campur-campur, kalau Melayu saya cakap bahasa Melayu dan kalau Indian saya cakap bahasa Inggeris," katanya.

Rakan setugas Wani yang kagum dengan kebolehannya sempat merakam perbualan dengan seorang warga emas berbangsa Cina secara senyap-senyap.

Wani ketika bertugas pada PRU15.

"Mereka mula-mula pun tak tahu yang saya boleh berbahasa Mandarin sebab saya last minute dipanggil untuk bertugas nak gantikan orang yang sakit.

"Bila mereka dengar tu mereka jadi excited, sebab tu mereka rakam," cerita Wani.

Wani berkata bapanya merupakan seorang Cina mualaf dan kefasihan untuk berbahasa Mandarin itu diturunkan kepadanya.

"Sebab my dad is Chinese. Kami dekat rumah memang cakap Mandarin dan dulu saya belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina.

Wani bersama bapanya yang merupakan seorang Cina mualaf.

"Saya memang praktis cakap Mandarin bila jumpa kawan-kawan Cina, di pejabat dan dengan bapa supaya saya lebih fasih dan tak lupa," ujar Wani.

Mengimbau memori menjadi petugas SPR, Wani berkata antara momen yang melekat di fikirannya adalah ketika dia menemani seorang lelaki Cina lanjut usia yang keseorangan.

"Dalam tengah hari macam tu orang dah tak ramai dan tugasan dah kurang, saya free kejap.

"Lepas tu saya nampak seorang pakcik Cina ni tunggu keseorangan. Saya pergi dekati dia dalam bahasa Mandarin.

Cina 3

Wani juga mempraktikkan bahasa Mandarin ketika di pejabatnya.

"Saya pergi teman dan borak dengan dia. Dari pukul 9 pagi dia terpacak dekat situ sampai dah dekat tengah hari. Kesian rasa," kata Wani.

Apabila diselidik Wani, rupa-rupanya lelaki warga emas itu sedang menunggu isteri untuk menjemputnya.

Isterinya pulang awal setelah selesai mengundi dan hanya tinggal lelaki itu keseorangan.

"Saya tanya dia rumah dia dekat mana. Nak tolong hantarkan ke tapi dia tak nak.

Wani bersama keluarga sebelah bapa.

"Saya offer dia pinjam telefon untuk hubungi isteri dia tapi dia tak nak juga. Dia kata nak tunggu je.

"Jadi saya comfort dia supaya dia tak rasa bosan dan saya berbual dengan dia dalam hampir sejam juga.

"Saya memang tak boleh tengok warga emas duduk seorang, sebab tu saya cakap kena teman juga dia," ceritanya.

Wani sempat mengajak rakyat Malaysia mempelajari bahasa Mandarin kerana ia berguna di kemudian hari.

Wani kerap berlatih bahasa Mandarin bersama bapanya.

"Sebelum ni pun kita pernah dengar kalau kita belajar extra language, kita akan ada kelebihan untuk cari kerja.

"Bukan saja Mandarin, semua bahasa pun berguna macam Arab, Tamil dan Inggeris.

"Berdasarkan pengalaman, saya mengaku la bila ada extra language ni saya senang dapat kerja," katanya.

Wani mengakhiri bicara dengan menegaskan bahawa belajar bahasa Mandarin sebenarnya tidak sukar dan jika diberi kesempatan dia akan membuka kelas belajar bahasa itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain