suria

Suami buat seks dengan kawan kilang, kantoi mesej di Telegram! Hati isteri makin remuk tak sempat kongsi berita hamil

Pastinya sedih untuk mengetahui kasih sayang yang diberikan hanya bertepuk sebelah tangan.

HATI pastinya remuk apabila pasangan sehidup semati memilih untuk bermain kayu tiga.

Kepercayaan yang diberikan disia-siakan seperti tidak ada nilai.

Begitulah apa yang dirasai wanita ini apabila mendapat tahu suami yang baru dikahwininya selama empat bulan menduakannya dengan perempuan lain.

Ciapan asal luahan hati seorang wanita tanpa nama.

Melalui luahan tanpa nama di Twitter, wanita berkenaan berkata bahtera percintaan mereka pada mulanya belayar dengan lancar.

"Sebelum kahwin ni kami bercinta enam tahun. Kami tak bertunang terus proceed nak nikah.

"Selama enam tahun bercinta, teman lelaki saya tak pernah buat perangai pasal perempuan.

"Kalau gaduh pun sebab-sebab lain, saya percaya dia tak akan pernah curang, dia tak pernah ada isu pasal tu," kata wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kau hanya tempat persinggahan!” - Ayat padu abang Grab buat wanita ini buka mata, sia-sia curah kasih sayang pada lelaki curang

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah adik lelaki ‘cucuk langit’ terpampang di TikTok, kisah curang jadi buah mulut... Kakak harap bekas adik ipar berhenti buka aib

Kepercayaan penuh yang diberikan wanita itu bagaimanapun tidak dibalas dengan kesetiaan di pihak suaminya.

"Disebabkan terlalu percaya, kami tak pernah check phone masing-masing.

"Kami pun tak pernah masuk check Instagram atau Facebook masing-masing. Lagipun suami saya jarang main media sosial.

"Masuk bulan kedua menikah dia datang stay sekali dengan saya, baru saya tergerak hati nak check phone dia waktu dia tidur.

Dan yang paling sedih tiga hari selepas tu saya dapat tahu saya mengandung.

WANITA TANPA NAMA

"Apa yang saya jumpa buat saya rasa sangat down," katanya kepada pengendali akaun Twitter @ConfessTweetMY.

Seperti dilapah dan disiat-siat hati wanita itu apabila mengetahui suaminya berhubungan intim bersama seorang wanita warganegara Indonesia.

"Lima bulan sebelum kami nikah dia adakan hubungan seks dengan seorang perempuan Indonesia ni yang satu tempat kerja dengan dia.

"Saya jumpa chat mereka dekat Telegram. Apabila baca semua perbualan dengan perempuan tu, dia asyik tanya macam situasinya kalau mengandung.

Remuk hati seorang wanita selepas mengetahui si suami mempunyai perempuan lain di belakangnya. -Gambar hiasan

"Rupa-rupanya satu kilang tahu mereka bercinta," dakwa wanita itu kecewa.

Mungkin sedar akan kesilapan yang dilakukan, si suami cuba untuk memulihkan keadaan dengan menjauhkan diri daripada wanita warganegara Indonesia itu.

"Lepas sebulan dia terus pindah kilang and block perempuan tu.

"Saya ada baca juga dekat Instagram, perempuan tu spam direct message meroyan merayu dia balas mesej.

"Saya tak tahu sama ada dia block sebab kami dah nak nikah atau dia takut perempuan tu pregnant," ujar wanita itu menzahirkan kerisauan.

Hubungan asmara di antara suami dan perempuan simpanannya menyebabkan si isteri kecewa teramat -Gambar hiasan

Namun nasi sudah menjadi bubur, hubungan wanita itu dan suaminya mula tawar selepas kejadian yang memilukan hati si isteri.

Lebih meruntun jiwa apabila kebenaran yang memeritkan itu hadir tiga hari sebelum wanita tersebut positif ujian kehamilan.

"Kami memang bergaduh teruk dan yang paling sedih tiga hari selepas tu saya dapat tahu saya mengandung.

"Saya tak rasa gembira langsung sekarang ni. Saya rasa macam nak larikan diri daripada dia.

"Tapi kami baru sangat menikah dan saya tak nak keluarga tahu tentang benda ini," kata wanita itu yang seperti tidak ada jalan keluar daripada situasinya sekarang.

Sukar untuk seseorang wanita untuk menerima suaminya semula setelah apa yang terjadi. -Gambar hiasan

Berat untuk wanita itu memaafkan suaminya yang sudah terlanjur walaupun diminta untuk diberikan peluang kedua.

"Dia mengaku silap dia dan dia merayu menangis minta maafkan dia, bagi dia peluang nak berubah.

"Tapi hati saya dah retak. Saya tak tahu nak cakap macam mana tapi saya rasa dendam yang teramat sangat dengan dia," ujar wanita itu luluh hatinya.

Melewati ke ruangan komen, rata-rata netizen berbeza pendapat dalam memberikan nasihat.

"Berikan dia peluang kedua. Maafkan suami awak. Semua orang diuji Allah dengan pelbagai cara. Ini adalah satu ujian untuk awak dan suami," kata seorang netizen.

Antara komen warga maya.

Manakala netizen yang lain menggesa hubungan yang sudah pincang itu segera berakhir.

"Once a cheater always a cheater. Mungkin kamu nak pertahankan perkahwinan ini tetapi kamu hanya akan sengsara.

"Gugurkan anak dia sebab kandungan masih di fasa awal kehamilan dan terus tinggalkan dia.

"Jangan beri peluang kedua kepada suami awak. Sekali dah buat, tak mustahil akan jadi lagi selepas ini. Utamakan diri awak," kata sebilangan warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain