TANGISAN teresak-esak pemuda ini yang masih terkejut dengan pemergian bapanya cukup meruntun jiwa. Lebih sayu apabila arwah bapanya itu meninggal dunia dua hari selepas pulang daripada mengerjakan umrah di Makkah pada Rabu, 23 November lalu. Menerusi TikTok, pemuda dikenali sebagai Izhar Masrom berkata bapanya dijemput Ilahi dua hari kemudian iaitu pada pagi Jumaat selepas mengerjakan solat Subuh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Izhar dia berkesempatan untuk meluangkan masa bersama bapanya, Allahyarham Masrom Jalil beberapa jam sebelum itu. "Malamnya saya sampai, saya dapat jumpa borak-borak, panjang ceritanya. Macam-macam dia cerita kat saya. "Kami berborak sampai pukul 3 pagi," katanya. Menurut Izhar, bapanya mengerjakan umrah bersama ibunya. Menjelang keberangkatan bapanya untuk menunaikan umrah. Katanya, bapanya juga menghadiahkannya beberapa barang termasuk baju dan kopiah yang dibeli ketika mengerjakan umrah. "Dia beli baju ni, dia suruh saya pakai. Dia beli kopiah untuk saya. Macam-macam dia beli. Dia nak tengok saya pakai, saya pakai malam tu. ARTIKEL BERKAITAN: Air mata iringi kepulangan jemaah haji, ibu rindu arwah anak bongsu... Momen tidur bersama sebelum ke Makkah jadi kenangan terakhir ARTIKEL BERKAITAN: Pemergian yang dicemburui... Tak sempat pulang ke rumah, jemaah umrah wanita meninggal dunia setibanya di KLIA Tidak dinyatakan punca kematian, namun Izhar memberitahu bapanya yang berusia 73 tahun dijangkiti Covid-19 dan menjalani kuarantin di rumah. "Dia bebas dari penyakit kronik, hanya ada kencing manis," ujarnya. Ibu bapa Izhar menunaikan umrah bersama. Selain itu Izhar turut berkongsi momen terakhir pada pagi Jumaat sebelum bapanya menghembuskan nafas terakhir. "Pada waktu Subuh tu saya dengar mak cakap 'awak kalau tak boleh sembahyang berdiri, duduklah'. Kira-kira pukul 6.30 pagi saya bangun, dia pegang dada kemudian lemah dan jatuh. "Dia nak jatuh, saya sambut. Dia duduk kat pangkuan saya, dia cuma cakap sakit. Dalam seminit dia terus tak ada,” katanya. Jelas Izhar lagi, dia tidak menyangka peluang berbual bersama bapanya selama empat jam pada malam sebelum kejadian merupakan momen terakhir. “Empat jam dapat bersembang, berborak. Kepada semua tolong doakan yang terbaik untuk ayah saya," katanya. Ibu bapa Izhar bersama rombongan jemaah umrah. Menurut Izhar, arwah bapanya dikebumikan pada tengah hari Sabtu. Walaupun berat dugaan yang dihadapi, Izhar reda dengan pemergian bapanya. Ayah nak jatuh, saya sambut...dia duduk kat pangkuan saya, dia cuma cakap sakit. IZHAR MASROM "Ya Allah kau kuatkanlah aku yang lemah ini. Apa ujian kali ya Allah. Jika ini yang terbaik untuk aku, aku reda. "Tempatkanlah ayahku dalam kalangan orang yang beriman," katanya. Petugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika menguruskan jenazah bapanya yang dijangkiti Covid-19. Izhar berkata, dia bersyukur apabila bapanya juga dapat menunaikan hasrat untuk menunaikan umrah. "Masrom Jalil ayah terbaik di dunia, tiada lawannya. Al-Fatihah," kata Izhar yang turut berkongsi gambar-gambar terakhir bapanya ketika menunaikan umrah. Luahan Izhar menerusi video yang dimuat naik akaun TikTok @Wakk_Sahaje hingga kini meraih lebih 885,000 tontonan dan dihujani ucapan takziah. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI