TIADA insan di dunia ini yang minta dilahirkan sebagai anak angkat atau anak tidak sah taraf. Begitu juga kisahnya dengan seorang gadis ini, dilahirkan tanpa asal usul yang jelas dan dibesarkan oleh keluarga angkat. Disebabkan status tersebut, gadis itu berbintikan Abdullah pada hujung namanya, sekali gus perkara itu membuatkan dia menjadi mangsa ejekan rakan yang tiada common sense atau suka cakap lepas. "Daripada dulu sampai sekarang saya tidak pernah berjumpa mak ayah kandung dan tidak tahu asal usul mereka. Tapi saya happy je dengan family angkat saya. "Yang jadi masalah dekat sini, kawan saya yang seorang ni dia jadikan benda ni sebagai bahan lawak dia. "Bayangkan la min (admin), dia boleh tanya saya 'mak ayah kandung kau mana, lepak underground ke?', 'at least aku berbinti ayah aku sendiri', 'ayah kau kat mana? Oh lupa takde ayah'. Sebahagian luahan gadis berkenaan mengenai sikap seorang rakannya yang bermulut lepas. "Tak pun dia nyanyi lagu 'Abdullah nama diberi'. Kadang tengah borak pasal saudara-mara, apabila turn saya nak cerita dia akan cakap 'kau ada sedara ke?'," luahnya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak angkat lalui kisah tragis! Dipukul, dipanggil babi... dah besar si ibu paksa buat loan rumah ganti rugi pelihara sejak kecil ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal ibu kandung, gadis reda kini terpaksa jauh dari bapa angkat tempat menumpang kasih... dikata ‘muka sama’ pun dah cukup gembira! Menurut gadis tersebut, dia bukanlah seorang yang jenis pandai 'melawan' sebaliknya hanya mampu tersenyum apabila diejek, meskipun hatinya meronta sedih. Meskipun kadang kala dia pernah merajuk atau enggan mempedulikan rakannya itu sebagai tanda protes, namun ternyata tindakannya itu tidak mampu mengubah sikap buruk individu tersebut. Lawan balik dengan celupar biar dia terdiam. Kawan dengan orang lain. Tak hadaplah orang macam ni. NETIZEN "Jujurnya dia memang mulut celupar dan cakap lepas. Saya tidak kisah kalau dia nak ejek saya ke apa, tapi kalau dia sentuh pasal keluarga saya, saya sedih min. "Saya tak minta pun dilahirkan sebagai anak angkat yang tidak tahu asal usulnya sendiri. "Kawan saya yang lain dah pernah tegur dia tapi nanti bulan depan dia akan cakap lepas lagi pasal benda tu. "Saya buntu nak buat macam mana lagi supaya dia sedar. Tolonglah cadangkan cara macam mana nak dia hentikan dengan perangai macam tu," kongsi gadis yang tidak mendedahkan identitinya itu lebih lanjut. Nasihat sebahagian netizen di ruangan komen. Luahan gadis berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @confesstweetMY sehingga kini meraih hampir 400 ulang kicau. Sementara itu di ruangan komen pula, kebanyakan warga maya menasihati gadis berkenaan agar memberi 'pengajaran' kepada rakannya supaya tidak sewenang-wenangnya terus ditindas. "Teruskan palau dia. Orang yang sakitkan hati kita ni biasanya jealous dengan kita. Jangan layan atau interact terus dengan dia. "Lawan balik dengan celupar biar dia terdiam. Kawan dengan orang lain. Tak hadaplah orang macam ni. "Beritahu parents, report dekat cikgu, stop berkawan dengan dia walau dia dah minta maaf. Jauhkan diri dengan dia. Tak perlu pun nak berbuat baik dengan orang yang dah sakitkan hati awak macam tu," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI