PERSEKITARAN kita mencerminkan peribadi diri. Ketika kita mendepani era lebih bertamadun, masih ada lagi manusia yang mentalitinya tersekat di takuk lama. Sebagai contoh sikap buruk sesetengah pelancong atau individu yang selamba mengotorkan rumah atau bilik sewa yang dihuni. Walaupun servis untuk membersihkan tempat tersebut sudah dibayar pengunjung ketika tempahan dibuat, ia bukanlah tiket atau ‘lesen’ untuk membuat sepah atau mengotorkannya sebelum premis tersebut ditinggalkan. Sebagai contoh, seorang pekerja pembersihan berkongsi di TikTok terpaksa berdepan dengan golongan tidak berhati perut apabila dia dan rakan-rakan perlu mencuci bilik hotel dipercayai di Port Dickson, Negeri Sembilan yang ditinggalkan sangat kotor dan bersepah. Hantaran asal yang tular di Facebook. Hantaran tersebut dikongsikan semula di Grup Hotel Review Malaysia oleh Ijam Runner yang berasa terkilan apabila tetamu meninggalkan bilik dalam keadaan bersepah dan dikotori dengan sampah sisa makanan. ARTIKEL BERKAITAN: Najis berterabur, karpet banjir! Housekeeping merungut tetamu hotel pengotor, mungkin balas dendam dapat tuala ‘recycle’ ARTIKEL BERKAITAN: Tukang cuci homestay hanya mampu berzikir, tahan marah dapat customer tak guna... Najis pun tak flush! “Berkecai bang. Penat nak mengemas. “Macam manalah perasaan orang yang kemas bilik Lexis Hibiscus ini. Staff, housekeeper, maid... letih woo,” katanya dalam hantaran tersebut. Apabila dilihat pada gambar-gambar yang dikongsikan, keadaan hotel itu cukup bersepah dan teruk. Terdapat tin-tin kosong minuman keras di bahagian lantai, makanan ringan berselerakan atas meja serta makanan laut ditinggalkan di tepi kolam buatan di luar bilik hotel. Mengakui letih melihat keadaan tersebut, dia yang merupakan seorang pekerja pembersihan hotel turut berkongsi pengalaman bekerja dalam bidang ini. Memang kemas tu tugas housekeeping tapi kita as individual tak ada 'urat malu' ke buat perangai macam ni? NETIZEN Melabelkan bangsa Melayu, Cina dan India di negara ini dengan huruf M, C dan I sahaja, dia meluahkan kekecewaan disebabkan perbuatan tidak bertanggungjawab sekumpulan pelanggan. Dia juga berpandangan sifat pengotor tiada kaitan dengan bangsa tetapi bergantung sepenuhnya terhadap individu itu sendiri. “Memanglah dia dibayar gaji. Bangsa apa yang buat kotor ni tak tahulah. “Tapi pengalaman akulah, baik orang Cina, India, Melayu... ada saja perangai macam ni. Bangsa M anak seorang. Bilik berkecai macam anak 40 orang. “Bangsa C anak lima atau enam orang. Sepah sikit-sikit saja. Ini pengalaman sendiri ya. Bukan nak cakap mana-mana bangsa,” katanya lagi yang mempunyai pengalaman bekerja selama 16 tahun dalam bidang perhotelan. Pada ruangan komen video, rata-rata netizen turut berkongsi pendapat mereka mengenai sikap sesetengah penghuni di hotel. Komen netizen pada hantaran asal. "I think hotel owners dah boleh start blacklist nama-nama penyewa macam ni. "Ini bukan fasal bangsa. Tapi adab individu itu sendiri. Memanglah awak dalam industri ni dan cakap bangsa M macam tu. Dalam industri lain pula bangsa lain macam itu ini. "Kalau kita ada pendirian aku permudahkan urusan orang, InsyaAllah urusan aku akan mudah juga. Mesti ada common sense sikit. "Memang kemas tu tugas housekeeping tapi kita as individual tak ada 'urat malu' ke buat perangai macam ni?" demikian beberapa komen netizen. Untuk rekod, video asal dimuat naik pelayar di TikTok tersebut telah dipadam. Namun tangkap layar keadaan bilik tersebut dimuat naik semula di media sosial sehingga menjadi tular. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI