MUNGKIN ingin mencuba aksi Piala Dunia FIFA Qatar 2022, seorang murid lelaki darjah 3 menyepak botol mineral kepada rakan sepermainannya. Namun, insiden tidak diingini berlaku selepas botol mineral yang disepaknya terkena pada salah seorang kanak-kanak perempuan yang berada berhampiran sehingga mengakibatkan matanya bengkak dan lebam. Berkongsi kejadian tersebut kepada mStar, ibu kepada murid malang berkenaan, Nurfaiza Alang Ahmad mengakui terkejut melihat mata anak sulungnya, Nurul Asyura Nazri yang bengkak ketika mengambil tiga anaknya dari sekolah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurutnya, murid lelaki tersebut bertindak menyepak botol mineral selepas ketiga-tiga anaknya yang berusia 12, 10 dan tujuh tahun tidak mahu meneruskan permainan kerana mahu menunggu kehadirannya. "Anak-anak saya dah tak mahu bermain, mungkin dia rasa geram dan tak puas hati... dia sepak botol mineral berisi air tu ke arah anak-anak saya dan tak sangka terkena pada si kakak yang masa tu nak duduk. "Disebabkan tu, mata anak perempuan saya bengkak dan lebam. Berdasarkan pemeriksaan doktor, terdapat pendarahan di dalam mata dia dan bimbang jika merebak," ujarnya yang menetap di Tanjung Keling, Melaka. Nurfaiza bersama Asyura. Malah katanya, sejak insiden berkenaan berlaku, Asyura sering sakit kepala dan hanya tidur bagi menahan kesakitan yang dialami. Dia juga meluahkan rasa bimbang jika terdapat risiko lain termasuk jangkitan kuman yang mungkin berlaku pada mata anaknya, jika pendarahan merebak. ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu naik kereta usang, sanggup menyorok bawah ‘seat’ belakang... ibu tak sentap, Proton Iswara tetap ‘legend’ ARTIKEL BERKAITAN: Derita anak sulung, gadis kecewa buat baik tak dihargai siap dimaki... sayang adik-adik, tapi sakit hati layanan berat sebelah "Kalau merebak lagi perlu datang hospital untuk lakukan rawatan susulan. Sebab daripada rawatan susulan tu nanti, baru tahu kemungkinan buruk pada mata... doktor pun ada nyatakan kebimbangan berlakunya jangkitan kuman," katanya. Minta maaf sudah semestinya kena... tapi undang-undang kena juga walaupun budak-budak. Tetap kena tegas. NETIZEN Meskipun kanak-kanak terbabit telah meminta maaf kepada anaknya, namun bagi Nurfaiza, dia tidak dapat bertoleransi dengan kejadian itu. Dia mendakwa murid lelaki berkenaan pernah bertindak agresif terhadap anak-anaknya seperti memukul dan menyepak anggota badan. Mengulas lanjut, ujarnya, laporan polis juga sudah dibuat pada Ahad selepas mengambil kira pandangan ahli keluarga yang lain. Antara reaksi netizen terhadap insiden yang berlaku. "Saya akan jumpa mak dia pada Isnin, lagipun anak dia dah biasa pukul-memukul dan bertindak agresif terhadap anak saya... mungkin dia biasa main kasar. "Sebelum ni saya diam saja. Cuma kali ini dah bengkak, jadi tak boleh diamkan diri dan laporan polis saya buat sebagai cover report serta nak tuntut kos perubatan kerana dari Tanjung Keling nak ke Hospital Melaka jauh, naik Grab RM26 untuk perjalanan sehala. "Lagipun, polis pun nasihatkan supaya saya datang balik untuk buat report kali kedua, kalau mak budak tu tak boleh berbincang," jelasnya yang merupakan suri rumah. Terdahulu, video mata anaknya lebam menjadi tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Rata-ratanya menzahirkan rasa marah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap murid lelaki terbabit sebagai peringatan kepadanya. "Minta maaf sudah semestinya kena... tapi undang-undang kena juga walaupun budak-budak. Tetap kena tegas. "Kena buat laporan polis sis untuk rekod sebab rawatan kat hospital sampai bila kita tak tahu. Kalau melarat, boleh ambil tindakan. "Jumpa family dia, bincang elok-elok tapi kalau dah macam ni, kena buat report juga sis... lepas ni supaya dia lebih berhati-hati," ujar beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI