SEJAK Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri, setiap gerak-geri dan penampilannya menjadi perhatian umum. Apabila menyentuh mengenai penampilan dan imej, paling ketara ialah sewaktu Anwar tampil memakai baju Melayu bersama capal pada hari pertama dia melaporkan diri di Perdana Putra bagi memulakan pada 25 November lalu. Kemudian Pengerusi Pakatan Harapan itu juga beberapa kali muncul di acara rasmi seperti Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan mesyuarat Kabinet dengan memakai sut tanpa tali leher. Ciapan asal mengenai teori tali leher dan Anwar Ibrahim. Pada mulanya pasti ramai berfikir beliau terlupa untuk memakai tali leher kerana berada dalam keadaan tergesa-gesa. Bagaimanapun rupa-rupanya imej Anwar itu punya maksud tersirat. Menerusi perkongsian Nik Amirul Faiz di Twitter, dia merungkai beberapa maksud tersirat di sebalik penampilan Anwar yang memakai sut tanpa tali leher itu. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rungkai mesej tersirat nasi ayam goreng kunyit pemberian Anwar, macam Sherlock Holmes - “Dahsyat gila decode!” ARTIKEL BERKAITAN: Prihatin nasib rakyat, menteri rela potong gaji 20 peratus - Anwar "Korang perasan tak Datuk Seri @anwaribrahim berkali-kali dalam gambar beliau pakai sut tanpa tali leher? "Mula-mula saya ingat beliau lupa. Apabila tengok banyak-banyak kali... knowing him, mesti ada maksud ni. "Kaji punya kaji, jumpa akhirnya. Jom tengok," kata Nik Amirul Faiz yang menggunakan Twiter handle @nafnmy. Paling best kita decode macam-macam teori, rupanya dia rimas je sebenarnya. NETIZEN Nik Amirul Faiz memulakan penerangan dengan menceritakan simbolik tali leher melalui konteks budaya yang berbeza. Katanya simbolik tali leher itu dikaitkan dengan konsep perhambaan dahulu kala yang sering meletakkan gelang rantai besi pada leher manusia yang dimiliki si tuan. "Berdasarkan dapatan saya, simbol tali leher ni ada banyak makna mengikut budaya-budaya pelbagai. "Yang menariknya, tali leher ni memberi makna simbol penyerahan dan perhambaan terhadap masyarakat elit yang korup. Tali leher dikaitkan dengan gelang besi dalam sistem perhambaan. -Gambar hiasan "Simboliknya apabila diikat keliling leher," terangnya. Seiiring dengan agenda Anwar yang mahu melakukan reformasi pentadbiran kerajaan, Nik Amirul Faiz berpendapat Anwar tidak memakai tali leher kerana mahu menamatkan normalisasi korupsi dan kleptokrasi. "Jadi saya rasa Anwar tidak memakai tali leher secara konsisten memberi makna yang beliau tidak akan menyerah dan memperhambakan diri kepada geng-geng elit yang korup. "Ini mungkin satu kenyataan halus yang cuba disampaikan oleh beliau kepada orang awam," ujar Nik Amirul Faiz. Anwar Ibrahim ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Bagaimanapun Nik Amirul Faiz berpendapat Anwar masih menghormati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. "Satu-satunya masa yang beliau pakai tali leher adalah semasa menghadap atau majlis bersama Yang di-Pertuan Agong. "Mungkin memberi makna yang beliau taat dan patuh dengan titah Yang di-Pertuan Agong ke atas beliau," kata Nik Amirul Faiz cuba menebak situasi tersebut. Dalam pada itu Nik Amirul Faiz sempat memuji Anwar jika benar mesej yang ditafsirnya itu dan berharap agar orang ramai agar lebih peka dengan tindak-tanduk pemimpin. Penampilan Anwar ketika sidang media selepas kali pertama mempengerusikan mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan. "Sebagai pemimpin, mesej ini sangat bagus dan membuka minda orang awam untuk menilai setiap gerak-geri dan perwatakan pemimpin tersebut. "Dan wajarnya ia ditunjukkan oleh ketua organisasi kepada umum," kata Nik Amirul Faiz. Namun begitu, dia mengakui tafsirannya mungkin salah dan berlebihan. "Ini hanya firasat saya. Mungkin Datuk Seri @anwaribrahim tak bermaksud begitu? "Jika ya pun apa salahnya. Kami hargai gesture tersebut agar ia menjadi peringatan kepada kita. "Teruskan bertugas memulihkan negara Datuk Seri. Selagi ia untuk kebenaran, Allah sentiasa bersamamu," kata pemuda itu mengakhiri bicara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan tafsiran sedemikian kerana ia sememangnya memerlukan pemikiran luar kotak. Antara ciapan balas warga maya. Namun ada juga netizen yang menyangkal tafsiran tersebut dengan mengatakan Anwar tidak memakai tali leher kerana cuaca tropika yang panas. "Paling best kita decode macam-macam teori, rupanya dia rimas je sebenarnya. "Mungkin sebab panas sahaja tu. "Ye ke ni? Ke tak pakai sebab tak sesuai dengan iklim Malaysia yang panas," kata sebilangan warga maya. Sehingga kini ciapan tersebut meraih hampir 2,000 ulang kicau. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI