ANAK saudara atau anak buah merupakan insan paling dekat dengan kita selain zuriat sendiri. Kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka sudah pasti tidak berbelah bahagi seperti mana seorang ibu atau bapa kandung mengasihi cahaya mata mereka. Begitulah juga dengan Alin Azlin yang mengasihi anak saudaranya, Mizan dan dia tetap menyambut hari lahir remaja lelaki itu walau tarikh ulang tahun kelahirannya sudah berlalu. Menurut Alin, dia meluangkan masa membawa Mizan keluar ke pekan demi memenuhi keinginan serta kehendaknya dan momen itu telah dikongsi di media sosial sebelum ia tular. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Birthday dia dah lepas. Cikcu (gelaran Alin) dengan Acik (suami Alin) baru sempat jumpa dia hari ni. "Tadi dalam kereta tanya Mizan nak makan apa? Ada apa-apa yang Mizan teringin nak makan? "Dia cakap nak makan KFC (Kentucky Fried Chicken)," jelasnya di ruangan kapsyen TikTok. Menurut Alin, nenek dan adik beradiknya yang lain turut memberi sumbangan wang demi meraikan Mizan yang sudah kematian bapanya, iaitu abang kandung Alin. Dia kemudian menggunakan hasil wang sumbangan tersebut untuk memenuhi beberapa permintaan Mizan. ARTIKEL BERKAITAN: Majlis akad nikah kena sabotaj, anak saudara ‘tak restu’ makcik kahwin... Gelagat lucu budak lelaki lima tahun undang ketawa netizen ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak saudara kerah kudrat pakcik ajak main pasir pantai, mujur berbaloi penat sebab ramai puji - “Meja dia limited edition” "Tadi sebelum pergi nenek bagi duit suruh belikan hadiah. Cikyah (ibu saudara) bagi duit minta bagi dekat dia. Sedekah birthday. "Acik tanya Mizan apa yang tak ada? Dia cakap Mizan tak ada kasut. Acik cakap tak apa Acik tambah duit nenek berikan," ujar Alin. Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat Mizan mencuba sepasang kasut baharu di sebuah kedai menjual pakaian dan kasut sukan al-Ikhsan. Kelihatan wajah Mizan begitu gembira dan tersenyum lebar sambil membawa keluar sepasang kasut baharu jenama Nike pemberian ibu saudaranya. Lama dia tenung sambil tengok harga. ALIN AZLIN "Belikan dia kasut mahal sikit biar pakai tahan lama. "Masuk al-Ikhsan tanya dia nak kasut jenama apa. Dia cakap nak (jenama) Nike. Lama dia tenung sambil tengok harga. "Cikcu dengan Acik doakan Mizan jadi orang yang berjaya dunia akhirat. Selamat hari lahir Mizan," katanya lagi. Dalam pada itu, Alin turut menjelaskan bahawa jasa arwah bapa Mizan terhadapnya adalah lebih besar berbanding apa yang dilakukan olehnya. Namun, tiada penjelasan lanjut diberikan tentang apa yang telah dilakukan arwah bapa Mizan kepadanya. Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai yang terharu dan sebak melihat hantaran dimuat naik oleh Alin. Komen netizen di TikTok. "Semoga jadi anak yang berjaya dunia akhirat dik. Jangan lupa jasa mak dan pak saudara hang (kamu). "Bantulah anak-anak yatim. Allah akan melipat gandakan lagi rezeki awak sekeluarga. "Sebaik-baik sedekah adalah untuk darah daging sendiri. "Sebak rasa hati ini. Alhamdulillah Mizan anak yang baik. Orang sekeliling semua sayang Mizan," ujar netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI