DISANGKA panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Niat murni seorang pemuda untuk menghantar makanan kepada kakak tersayang sepertinya berdepan liku-liku dan dugaan. Dalam satu video tular di TikTok, perjanalan seorang pemuda dari Kulim di Kedah menuju ke Ipoh, Perak dengan menaiki motosikal terhalang apabila enjinnya mati di pertengahan jalan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih memilukan apabila makanan dibawa itu adalah untuk si kakak yang sedang mengidam kerana berbadan dua. Tidak mudah mengalah dengan takdir yang menimpanya, pemuda tersebut menolak motosikalnya di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan (Plus). "Dah tolak dari sana, sampai sini... bukit lagi, Allhakuakbar," kata lelaki yang dikenali sebagai Luqman itu. ARTIKEL BERKAITAN: Demam sikit pun nangis, adik manja buat keputusan besar derma organ untuk kakak! Kini boleh terus travel bersama ARTIKEL BERKAITAN: Impian anak sulung sambung degree terbantut, mak ayah pesan suruh fikir adik-adik kecil... Tapi pelik suruh kahwin cepat! Pada video berkenaan , Luqman menunjukkan situasi lebuh raya yang dilalui sambil menolak motor. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan di mana lokasi motosikal Luqman terhenti. Namun Luqman meletakkan tekad di hati iaitu makanan yang dibawa di dalam raga depan motosikalnya akan dipastikan tiba ke pangkuan kakak dengan apa jua cara. "Nak pergi hantar makanan dekat kakak sebab dia mengandung teringin nak makan nasi lemak mak. Tahniah sebab menjadi paksu yang baik kepada anak buah dan adik yang baik kepada kakak. NETIZEN "Tapi tengah perjalanan tu motor rosak. Demi anak buah dalam perut, paksu bagi sampai juga," tulis Leman di ruangan kapsyen. Setelah kudrat dibanting dan panas terik mentari diredah, akhirnya perkarangan Plaza Tol Ipoh dapat dilihat di dalam video Luqman. Walaupun begitu, 'pengembaraan' menolak motosikal masih jauh kerana paparan aplikasi Waze di telefon pintarnya menunjukkan jarak perjalanan masih berbaki 19 kilometer (km). Makanan yang dibawa Luqman untuk kakaknya. "Ya Allah, tak jauh dah, berapa minit je lagi," Luqman menunjukkan anggaran masa ketibaan iaitu 28 minit di aplikasi Waze. Apa yang lebih menyentuh hati apabila Luqman sempat menunjukkan keadaan lututnya yang terketar-ketar akibat berjalan jauh sambil menolak motosikal. Di penghujung video, rintangan yang menggunung ternyata bukan menjadi alasan apabila Luqman menunjukkan dia selamat tiba di kediaman kakaknya. "Pada tengah hari 28 November saya selamat sampai di rumah kakak. Sampai di sana saya hanya tidur satu malam sahaja. Motosikal milik Luqman dihantar pulang ke Kulim dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. "Pada pagi kemudian hari, kakak dan suami hantar saya ke stesen bas Ipoh. Saya terpaksa balik sebab tidak ada sesiapa yang menjaga ibu bapa saya di rumah. "Motosikal saya terpaksa tinggalkan di Perak sebab kekurangan wang tunai," kata Leman dalam video kedua bagi berkongsi tentang perkembangan perjalanannya ke Ipoh. Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat si kakak hadir untuk berterima kasih di atas pengorbanan Luqman. "Terima kasih adik kakak, semoga Allah memberikan ganjaran untuk adik. Doakan kakak cepat bersalin dan dipermudahkan urusan," ujar si kakak. Antara komen warga maya. "Ini kakak saya geng, doakan dia selamat bersalin," balas Luqman kepada komen kakaknya. Rata-rata warga maya lain turut mendoakan agar Luqman dimurahkan rezeki di atas usaha murninya itu untuk menggembirakan hati seorang kakak. "Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Tahniah sebab menjadi paksu yang baik kepada anak buah dan adik yang baik kepada kakak. "Kadang-kadang pengorbanan seorang adik itu memang berat tetapi disebabkan darah daging, kami yang adik-adik sanggup buat apa sahaja, percayalah. "Semoga Allah lipat gandakan rezeki awak ye, jadi anak yang baik untuk mak ayah, Amin," kata sebilangan warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI