suria

[V] Individu misteri buat ‘content’ campak RM1,000 di shopping mall, netizen kata salah tempat! Dilabel pula tak hormat rezeki

Seorang individu melemparkan sejumlah wang kertas dari tingkas atas pusat beli-belah.

MACAM orang kaya!

Begitulah lagak seorang individu yang selamba mencampakkan duit di tempat awam.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan individu berkenaan memegang sejumlah wang kertas RM100 yang dianggarkan berjumlah RM1,000.

Berada di tingkat atas di sebuah pusat beli-belah terkemuka Kuala Lumpur, dia kemudian melemparkan kesemua wang kertas tersebut ke bawah.

Berdasarkan video berdurasi enam saat itu kelihatan para pengunjung yang sedang lalu-lalang tingkat bawah.

Bagaimanapun, tiada klip yang menunjukkan apakah reaksi pengunjung yang mungkin terkejut dengan ‘hujan duit’ di dalam premis berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan perlekeh graduan berniaga takoyaki siap campak duit, terbongkar rupa-rupanya anak pemilik stesen minyak!

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh kononnya Iqbal anak bekas menteri gara-gara campak duit... Dia sebenarnya anak Pak Imam, pernah kerja cuci pinggan

Setakat ini, video yang dimuat naik di TikTok itu meraih lebih sejuta tontonan.

campak duit 2

Pengunjung lalu-lalang di tingkat bawah pusat beli-belah.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-ratanya terkejut menyaksikan sejumlah wang dicampak begitu sahaja.

Selain menegur kerana dikatakan tidak beradab, mereka juga menasihatkan agar wang tersebut disumbangkan kepada mereka yang memerlukan melalui saluran yang betul.

"Jangan campak situ, baik bagi orang yang benar-benar susah... lebih baik.

"Rasa duit tak bernilai ke tu? Sedihnya.

"Lebih baik bagi dengan tangan, lebih manis.

campak duit 3

Wang kertas dicampakkan ke tingkat bawah.

"Ya Allah. Kita nak cari duit susah. Sedih campak duit macam ni.

"Jadilah orang yang berduit dengan adab yang baik dalam memberi rezeki," demikian antara komen netizen.

Jadilah orang berduit dengan adab yang baik dalam memberi rezeki.

NETIZEN

Pada masa sama, tindakan 'penyumbang' tersebut dikritik kerana tidak melakukannya di lokasi sasaran memandangkan pusat beli-belah terkemuka itu menghimpun pelbagai jenama mewah yang dikunjungi oleh mereka yang 'berduit'.

"You salah tempat, ni K**C. Lalu lalang tu majoriti staf yang banyak duit. Nanti dia jumpa pergi kasi dekat guard minta cari duit siapa.

"Orang yang pergi K**C orang-orang senang. Bagi yang betul-betul memerlukan," kata yang lain.

campak duit 4

Antara komen netizen.

Individu yang melemparkan wang kertas tersebut kekal misteri, dan tidak dipastikan sama ada ia sekadar content media sosial atau sebahagian daripada eksperimen sosial.

Dia bagaimanapun menjawab komen netizen selepas dilabelkan sebagai 'orang yang tidak respek pada nilai wang' dan dipersoalkan kenapa wang tersebut tidak didermakan kepada golongan susah atau kebajikan.

"Saya tak perlu rakam apabila saya derma kepada kebajikan," katanya ringkas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain