suria

[V] Akibat cinta toksik, gadis ini hidap kemurungan! Mujur pakwe baharu penyayang, control ubat takut kekasih telan ‘overdose’

Imran mengawal pengambilan ubat Emma sejak tiga bulan yang lalu.

RAKAMAN video menunjukkan seorang lelaki menghulurkan ubat kepada kekasihnya ini menyentuh hati netizen.

Dalam kemanisan momen ditonjolkan, terselit kisah duka diceritakan Fatimah Tauhid atau lebih senang disapa Emma.

Ketika dihubungi mStar, gadis berusia 22 tahun ini berkongsi ceritanya yang mengalami masalah kemurungan major atau Major Depression Disorder (MDD) yang didiagnosis sekitar Julai lalu.

Ujar Emma, kekasihnya Imran Hakim, 20 sentiasa membantunya dalam menangani masalah dialami disebabkan kesan daripada hubungan dengan kekasih lampaunya.

"Saya sudah mengalami simptom MDD dan serangan anxiety ni hampir setahun yang lalu cuma saya baru ada keyakinan nak berjumpa doktor pakar psikiatri bulan Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Berulang kali histeria, budak bernama Amanda muncul dalam diri wanita depresi... teman halusinasi pernah suruh buat sesuatu pada suami!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pergi klinik swasta, tak beritahu mak ayah pun” - Gadis terbuka kongsi dirinya hidap masalah mental, terkejut ramai nak tahu cara jumpa pakar psikiatri

"Saya kurang pasti punca kemurungan ni tapi berkemungkinan disebabkan hubungan percintaan dua tahun yang toksik sebelum kami putus.

"Sekarang saya sudah bersama dengan 'pakwe' (kekasih) baharu. Dia sangat penyayang dan mengambil berat tentang saya," ujar Emma.

Disebabkan berdepan masalah kemurungan yang keterlaluan, Emma terpaksa bergantung harap dengan dua biji pil bagi menenangkan diri setiap hari.

Namun, adakalanya Emma yang menetap di Meru, Klang, memilih untuk mengambil ubatnya secara berlebihan (overdose) setiap kali dia tidak dapat mengawal perasaannya.

Emma sudah mengenali Imran hampir satu tahun yang lalu.

Bagaimanapun, masalah itu dapat ditangani apabila Imran cuba membantu mengawal pengambilan ubat gadis ini sekitar tiga bulan lalu.

"Kami sama-sama kerja sambilan dekat KFC (Kentucky Fried Chicken) jadi lebih mudah Imran pantau saya sebab setiap hari kami berjumpa.

"Sebelum ni banyak kali juga saya tantrum and lost control, tapi dia boleh 'handle' situasi itu dengan baik.

"Saya terpaksa berikan semua ubat dekat dia. Setiap malam lepas balik kerja dia akan berikan ubat tersebut sebab sehari saya perlu ambil sekali sahaja. Kalau hari Imran cuti, dia akan hantar ubat ke tempat kerja atau rumah," katanya lagi.

Banyak kali juga saya tantrum and lost control, tapi dia boleh 'handle' situasi itu dengan baik.

FATIMAH TAUHID

Ujarnya yang mengenali lelaki itu sekitar setahun lalu, keprihatinan Imran yang mengawal pengambilan ubatnya membuatkan Emma berasa terharu.

Dalam pada itu, wanita ini turut merasakan dia tidak layak untuk bersama Imran kerana sentiasa dibelenggu rasa bersalah.

Tidak menyangka bahawa rakaman itu bakal menjadi tular, Emma menyatakan ia merupakan satu hantaran untuk menghargai kebaikan kekasihnya itu.

"Saya post dekat TikTok sebab nak tunjukkan penghargaan terhadap Imran saja sebab dia banyak berkorban dan bantu saya ke arah lebih baik.

Emma tidak menyangka bahawa Imran dipuji netizen setelah video menjadi tular.

"Ramai orang puji dia, ia membuatkan saya rasa terharu dan bangga. Perempuan lain nak dia tapi saya yang dapat.

"Senang kata saya bersyukur sangat dengan kehadiran Imran ni sebab dia pandai tenangkan saya setiap kali tantrum.

"Tak pernah sekali pun dia tinggikan suara. Walaupun dia muda dua tahun daripada saya tapi dia sangat matang dan soft spoken," ujar Emma lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain