SUAMI dan isteri ibarat tiang yang memegang sebuah mahligai perkahwinan. Jika salah satu tiang mulai rapuh maka keseluruhannya akan goyah. Begitulah keluhan seorang wanita di Twitter yang mengadu suaminya seperti lepas tangan dalam aspek pengurusan rumahtangga. Ciapan asal luahan tanpa nama. "Aku rasa dah salah pilih pasangan hidup la dan aku penat sangat sekarang ni. "Aku punya penat macam nak lari ke luar negara atau tempat yang aku tak kenal sesiapa," ujar wanita itu yang sudah berasa lelah dengan hidupnya. Menceritakan rutin hariannya yang menghimpit itu, wanita tersebut mengatakan tugas seorang ketua keluarga seolah-olah sudah diambil alih oleh dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Tegur baik-baik tak jalan, suami menyesal kahwin isteri pemalas tahap melampau... Biar anak-anak lapar, tak mandi sampai malam! ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar ‘over manja’... makin dilayan, makin naik tocang! Ada suami tapi minta abang bayar bil bersalin hospital swasta, CL "Aku duduk rumah flat yang tak ada lif. Rumah tingkat tiga jadi memang mengah juga la nak mendaki tangga sambil dukung baby, galas beg kerja dan bawa beg barang baby. "Setiap hari aku yang hantar taska dan ambil anak bawa balik rumah," luah wanita itu mengenai bebanan yang ditanggungnya sebagai isteri dan ibu. Lebih mendukacitakan apabila dia memaklumkan suaminya sering berada di kediaman mereka kerana dia bekerja dari rumah (WFH). Aku menyumpah lelaki aku tak guna langsung. Pemalas betul. WANITA TANPA NAMA "Suami aku mana? Dia ada je dekat rumah, WFH. Gaji tak seberapa tapi macam busy sangat sampai tak sempat nak hantar ambil anak dekat taska. "Taska tu jarak dia tak sampai 2km pun dari rumah. "Tapi aku ni yang kerja luar kena travel 30km lebih sehari pergi balik office, aku ni juga la yang kena uruskan anak," kata wanita itu beremosi. Situasi ini juga menyebabkan wanita tersebut membenci suaminya dengan seluruh jiwa raga. "Setiap kali kena daki tangga tu aku rasa marah sangat! Aku menyumpah lelaki aku tak guna langsung. Pemalas betul. "Entah apa la aku nampak masa bercinta dengan dia dulu, ish geram betul bila fikir benda ni," ujar wanita itu seperti menyesal dengan pilihan hidupnya. Tidak cukup setakat itu, apabila tiba di rumah, suaminya didakwa masih berpeluk tubuh enggan menghulurkan tangan untuk membantu. "Bila sampai rumah aku kena sediakan makan malam pula. Aku boleh buat lepas mandikan baby. Kerja dapur semua aku boleh buat bila baby dah settle. "Nak order makanan dari Grab, suami miskin suruh berjimat. Nak dia masak? Memang sampai ke sudah tak gerak. Pemalas!," wanita itu bengang dengan sikap sambil lewa suaminya. Sikap acuh tak acuh suaminya itu menyebabkan wanita tersebut ingin memutarkan semula masa dan memilih pasangan hdiup baharu yang lebih bertanggungjawab. "Aku tak tahu hidup boleh jadi macam ni lepas kahwin. Kalau aku tahu, aku cari lelaki kaya je senang. Suaminya bekerja dari rumah tetapi jarang membantu isteri. -Gambar hiasan "Kalau miskin tapi susah senang suami ada tolong sekali aku okay je. Kalau aku seorang macam ni aku give up. Aku penat," ujar wanita itu hampir berputus asa. Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya menyelar lelaki tersebut kerana mengabaikan hak si isteri. "Lelaki kan dia nak wife yang boleh susah senang dengan dia je lepas tu ambil kesempatan bila isteri dah boleh hidup dengan cara macam tu. "Tak ada effort langsung nak ubah lifestyle padahal dia tu ketua keluarga! Haih geram aku. "Ni yang orang cakap ramai wanita sebenarnya ibu tunggal walaupun masih berkahwin," kata sebilangan warga maya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI