suria

[V] “Ini orang Malaysia yang tak cerdik” - Wanita tinggal di kondo bengang aktiviti senamrobik ganggu tidurnya

Tangkap layar video yangd dirakamkan dari kediaman seorang wanita di tingkat 13 kondominium.

PAGI adalah waktu yang terbaik untuk beriadah, tanpa mengira apa jenis senaman atau latihan kecergasan termasuklah senamrobik.

Tak lengkap sekiranya senamrobik tidak mengikut rentak muzik yang rancak bagi menimbulkan mood dan kemeriahan dalam melakukan senaman.

Namun, siapa sangka aktiviti senamrobik yang dianjurkan di sebuah premis bangunan pejabat membuatkan seorang penduduk tidak senang duduk.

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, wanita berkenaan tidak senang dengan aktiviti senamrobik yang diadakan berdekatan tempat tinggalnya.

Walaupun tinggal di kondominium di tingkat 13, dia masih dapat mendengar keriuhan mereka bersenam sehingga mengganggu tidurnya.

"Ini adalah orang Malaysia yang tak cerdik. Tahu-tahu pagi-pagi dah buat senamrobik.

"Tahu tak ini kawasan kejiranan. Aku kat level 13 ni pun aku boleh dengar bisingnya," katanya tanpa mendedah lokasi kediamannya mahupun bangunan pejabat tersebut.

bising orang senamrobik 2

Kumpulan melakukan aktiviti senamrobik.

Mengharapkan keluhannya didengari menerusi perkongsian video di TikTok, wanita itu bagaimanapun menerima tamparan hebat setelah dikecam bertalu-talu daripada netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna teknik 'pulas' kejut pelajar liat bangun pagi, cikgu penyayang dedah hari 'malang'... koridor asrama tiba-tiba sunyi

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya mahu hidupkan suasana menyeronokkan" - Pulas minyak motor terhad di tingkat bawah saja, terbaharu cikgu usung speaker sampai tingkat 3 kejut pelajar

Rata-rata netizen menyifatkan rungutannya tidak wajar kerana waktu paling ideal melakukan senamrobik adalah pada waktu pagi.

"Senamrobik tak salah pun kalau nak buat pagi. Memang aktiviti di pagi hari.

Normal la pagi-pagi, dok dalam hutan pun pagi-pagi dengar bunyi binatang.

NETIZEN

"Dia orang cerdik kak, hirup udara segar senaman pagi dan ajak jiran-jiran yang tak bercampur ni mai join sekali.

"Normal la pagi-pagi, dok (duduk) dalam hutan pun pagi-pagi dengar bunyi binatang.

"Kenapa kak? Akak selalu senamrobik tengah hari ke?" demikian antara komen netizen.

bising orang senamrobik 3

Antara komen netizen.

Pada masa sama, segelintir netizen turut menyindir dirinya susulan senamrobik pada waktu pagi itu dikatakan telah mengganggu dirinya yang hendak tidur.

"OK, kita tukar buat senaman malam. Mesti ada semangat kejiranan.

"Dok dalam hutan, aman.

"Pasang sound proof (kalis bunyi).

"Pergi tidur kat perpustakaan kak," kata netizen.

Video yang dimuat naik wanita itu di TikTok itu bagaimanapun dipadamkan selepas menerima kecaman hebat daripada netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain