suria

Lelaki ini nak jual hantaran, ‘healing’ tak jadi kahwin... Beg Dior harga RM22,500 pun ada! Tapi terkejut ramai DM nak jadi pengganti

Mirzan nekad menjual barang hantaran selepas putus tunang.

HANYA berbaki 32 hari untuk diijabkabul sebagai suami isteri, seorang pemuda terpaksa menerima hakikat jodohnya tidak panjang.

Walaupun pahit terpaksa ditelan, kehidupan perlu diteruskan termasuklah menjual semula barang hantaran.

Bukan biasa-biasa, barang hantaran yang dijual berjenama mewah termasuk beg tangan, dompet, set kosmetik hingga ke cermin mata dengan keseluruhan bernilai puluhan ribut ringgit!

Beg tangan jenama Dior sahaja berharga RM24,500 yang dijual semula pada harga RM22,500.

putus tunang jual hantaran 1

Mirzan membuat posting di laman Twitter untuk menjual barang hantaran.

Bercakap kepada mStar, pemuda berkenaan, Mirzan Johor berkata, dia sepatutnya bernikah pada 1 Oktober lalu tetapi reda dengan ikatan pertunangan yang putus pada 28 Ogos.

Ujar Mirzan, dia fikir kini sudah tiba masanya untuk melepaskan segala barang hantaran yang dibeli untuk majlis pernikahannya.

"Pada mulanya saya tak terfikir untuk jual. Tapi tak healthy pula nak simpan barang-barang hantaran memandangkan dah tak jadi kahwin, jadi saya putuskan untuk menjualnya.

"Semua barang hantaran ni saya beli mengikut apa yang dia (bekas tunang) suka. Dia tak tahu saya beli apa sebab sepatutnya ia dijadikan surprise, tapi tak menjadi," katanya kepada mStar.

putus tunang jual hantaran 8

Beg tangan dan set komestik antara barang hantaran.

Mirzan yang berusia 24 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur memberitahu, satu lagi barang hantaran berupa set wangi berharga sekitar RM500 yang telahpun terjual lebih awal.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali putus tunang, jururawat terbuka juga hati terima jejaka ‘annoying’ pilihan keluarga... dah block WhatsApp tetap tak putus asa

ARTIKEL BERKAITAN: Berkawan 5 tahun, hubungan putus selepas 6 bulan bertunang... yang tinggal kini hanya gerai takoyaki penuh memori - "Nak cari kerja bagus bukan senang"

"Lima barang hantaran ini yang saya hendak jual. Baju nikah saya belum siap, cincin nikah belum sempat beli.

"Cincin yang saya beri masa bertunang, saya halalkan," ujarnya sambil menambah dia dan bekas tunangnya yang juga berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur berkenalan selama kurang setahun.

putus tunang jual hantaran 9

Antara barang hantaran yang dijual semula.

Anak bongsu daripada lima beradik itu bagaimanapun tidak menyangka perkongsiannya mengenai jualan barang hantaran di laman Twitter mendapat sambutan luar biasa.

"Sangat banyak, ada yang bertanya tentang barang hantaran yang hendak dijual dan ada nak tahu tentang baju dan majlis pernikahan serta persandingan.

"Paling saya terkejut apabila ramai menghantar mesej atau DM bukan nak membeli, tapi memberi kata-kata sokongan dan semangat," katanya yang turut menawarkan slot tempahan dewan bagi majlis persandingannya yang sepatutnya berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

putus tunang jual hantaran 10

Mirzan menyifatkan segala yang berlaku sebagai ketentuan Tuhan.

Menurut Mirzan, dia turut menerima banyak mesej yang mahu berkenalan termasuk mereka yang sudi menjadi pasangan hidupnya.

"Ada yang nak kenal, dan ajak kahwin. Apa yang saya boleh katakan posting saya tu sebenarnya mahu mencari pembeli (barang hantaran), bukannya pengganti (bakal isteri).

Saya percaya 100 peratus pada ketentuan Allah. Semua terjadi ada hikmahnya.

MIRZAN JOHOR

"Sudah tentu saya tak nak membujang sampai ke tua. Tapi buat masa ini tiada perancangan untuk berkenalan atau lebih daripada itu. Saya okay, dah move on... saya reda dan tawakal.

"Saya percaya 100 peratus pada ketentuan Allah. Semua terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah ada yang lebih baik untuk saya, dan ada yang lebih baik untuk dia," katanya yang kini mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan, selain bersenam di gim di waktu lapang.

putus tunang jual hantaran 13

Mirzan mahu memberi tumpuan kepada perniagaannya.

Mirzan yang merupakan pengasas produk detox turut dihubungi oleh beberapa individu yang senasib dengannya yang mana jodoh tidak kesampaian.

"Ada yang luahkan dan saya beri nasihat supaya menerima ketentuan Tuhan dan ada yang lebih baik untuk kita, insyaAllah. Kehidupan perlu diteruskan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain