suria

[V] Ibu menjerit tengok anak dalam tong ikan, rupanya atuk punya kerja! Cucu pula tiba-tiba buat drama minta dukung

Keletah bayi bernama Husna ini mencuri tumpuan netizen.

KEHADIRAN si comel dalam keluarga pastinya menjadi penyeri rumah tangga.

Namun hakikatnya selain ibu dan bapa, datuk serta nenek adalah orang yang paling gembira menyambut kedatangan cucu.

Seperti perkongsian Nurul Farrahin, 22, di TikTok, gelagat bapanya mengasuh anaknya, Aldariya Husna yang berumur 11 bulan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 34 saat itu, Husna dilihat duduk di dalam peti simpanan ikan sejuk beku di belakang kedai makan milik bapanya, Samri Bodot, 55.

"Macam ni la anak nelayan, tidur dengan ikan," kata Samri sambil mendukung cucu kesayangannya itu setelah dia mula merengek sebaik sahaja menyedari kehadiran ibunya.

Ketika dihubungi mStar, Nurul berkata pada mulanya dia tercari-cari di mana Husna kerana tidak kelihatan di ruang hadapan kedai.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syok ‘belayar’! Bayi comel dibiar sejam tidur tengah laut, bapa jawab kritikan tak sayang anak

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Sayu tengok bayi duduk atas lantai pam minyak, kali ini netizen sangka baik... Faham perasaan bapa takut anak jatuh motor

Setelah diperiksa, Husna ada bersama bapanya namun dia tidak menyangka si kecil itu diletakkan di dalam bekas sejuk beku yang mengandungi ikan.

"Mula-mula saya terkejut juga, risau kalau terkena bahagian yang tajam pada ikan.

"Tapi ayah saya memang suka melayan dan manjakan Husna. Lagipun ayah dah siang ikan tu dan alas dulang lauk sebelum meletakkan Husna dalam tong ikan berkenaan," katanya kepada mStar.

Samri begitu akrab dengan cucu sulungnya, Husna.

Sehingga kini video Husna dan bapanya mendapat lebih 365,000 tontonan di TikTok.

Kata Nurul sebagai cucu nelayan, Husna sebenarnya sudah terbiasa dengan ikan memandangkan bapanya mengusahakan restoran Norita Asam Pedas yang bertempat di Pantai Siring, Melaka.

“Kadang-kadang ayah menjala ikan tepi kedai, dia akan meletakkan ikan hidup-hidup di hadapan Husna.

Kalau dengan cucu apa pun boleh, kalau anak pi duduk dalam tong tu memang mendapat la.

NETIZEN

“Husna pun dah terbiasa, cucu dia itu dah tak takut," katanya.

Bercerita lanjut tentang hubungan akrab antara Husna dan datuknya, Nurul berkata anaknya menjadi buah hati yang cukup disayangi kerana dia merupakan cucu sulung.

"Cucu dia nak merangkak atas lantai pun tak boleh, katanya kotor... kalau boleh setiap masa nak dukung.

"Setiap pagi sebelum ayah saya pergi bekerja di restoran, dia akan singgah untuk bawa Husna ke kedai runcit.

Antara komen netizen.

“Rumah kami pun bersebelahan sahaja, jadi datuknya selalu jumpa," cerita Nurul lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keletah Husna dengan datuknya itu.

"Atuk-atuk memang suka buat mak cucu dia cemas, betul tak? Habis la hanyir satu badan.

"Berlakon saja tu minta tolong, belakang ibu, dialah orang yang paling gembira.

"Beginilah atuk jaga cucu. Kalau dengan cucu apa pun boleh, kalau anak pi duduk dalam tong tu memang mendapat la," kata beberapa pengguna TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain