suria

[V] Benelli Keeway terperosok bawah lori 3 tan... Penunggang wanita kecewa abang driver marah-marah, langsung tak tanya khabar

Fiza dilanggar sebuah lori muatan tiga tan ketika pulang dari tempat kerja.

MALANG tidak berbau.

Walaupun sudah cukup berhati-hati ketika memandu di jalan raya, adakalanya kecuaian pemandu lain membuatkan kita terjebak dengan kemalangan.

Perkara sama menimpa seorang penunggang motosikal jenis Benelli Keeway yang hanya ingin dikenali sebagai Fiza.

Menerusi perkongsian di TikTok, Fiza terlibat dalam satu kemalangan ketika hujan lebat selepas dilanggar sebuah lori dalam kejadian pada 11 November lalu di kawasan perindustrian Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Walaupun hampir sebulan insiden malang itu berlaku, Fiza berkata dia masih trauma tatkala berdepan cuaca hujan sehingga kini.

Ketika dihubungi mStar, Fiza mendakwa kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori muatan tiga tan itu yang menukar lorong secara tiba-tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Waktu malam, seorang diri pula... akak Grab tak takut berhenti tolong mangsa langgar lari - “Risau dia kena ‘sapu’ dek lori”

ARTIKEL BERKAITAN: Toleh belakang, lori datang laju! Mangsa rempuhan imbas saat ‘melayang’ tepi jalan, nampak 2 penunggang motor maut

"Jalan di situ ada dua lane (laluan) tapi ada lori parking dekat bahu jalan kiri. Jadinya semua guna laluan kanan, manakala saya menunggang motosikal di bahagian tengah.

"Namun secara tiba-tiba muncul sebuah lori yang membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan kilang," katanya kepada mStar.

Lebih mencemaskan apabila pemandu berkenaan dikatakan tidak menyedari dia sudah melanggar sebuah motosikal.

Keadaan motosikal Fiza setelah dilanggar lori.

"Pemandu tu mulanya tak perasan dia langgar saya sampai jatuh walaupun bunyi agak kuat. Pekerja kilang semua tengok kejadian tu tapi dia masih tak berhentikan lori.

"Tak pasti dia pandu perlahan atau laju kerana saya tak nampak," imbas Fizaa.

Selepas tersungkur daripada motosikal, Fiza yang berada pada posisi bahaya iaitu berada di bawah lori berkenaan 'diselamatkan' oleh motosikal kesayangannya.

Malas nak cakap banyak dengan abang tu... gaduh pun tak guna sebab benda dah jadi.

FIZA

Tambah Fiza, dia bagaimanapun kecewa dengan sikap pemandu lori terbabit yang seolah-olah cuba menyalahkannya.

"Pada ketika itu ramai datang nak tolong saya bangun. Ada sekuriti dan orang awam dekat situ tolong hubungi kakak saya untuk maklumkan tentang kemalangan ni.

"Tapi abang (pemandu lori) tu terus marah saya, tak tanya saya okay atau tak.

"Dia hanya marah-marah sambil beritahu dia ada beri signal (isyarat sebelum membelok). Dia tengok-tengok motor saya bawah lori dia," kata Fiza lagi.

Wanita ini kerap berkongsi content di platform TikTok.

Dek kerana sikap pemandu berkenaan yang disifatkan tidak bertimbang rasa, Fiza kemudiannya membuat laporan polis tentang kemalangan itu.

"Saya diam tak jawab sebab menahan kesakitan, kaki tak boleh gerak.

"Malas nak cakap banyak dengan abang tu. Gaduh pun tak guna sebab benda dah jadi. Famili ambil keputusan report polis biar polis tentukan siapa salah," katanya.

"Sampai sekarang tak ada sebarang permohonan maaf walaupun keputusan dan keluar. Driver lori tu kena saman RM300," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain